Wednesday, May 15, 2013

Mawi Idam Buka Farmasi Sendiri

Mawi


Mawi Idam Buka Farmasi Sendiri


Jika pelakon Serina Redzuawan sudah mencapai cita-citanya untuk membuka perniagaan farmasinya, penyanyi Asmawi Ani atau Mawi turut menyimpan yang sama seperti rakan artisnya itu.

Selepas berkecimpung selama 8 tahun dalam industri seni, Mawi cuba mengorak langkah dengan menjadikan bidang perniagaan sebagai jaminan buat diri dan keluarganya pada masa hadapan.

Atas sebab itu, Mawi baru saja melancarkan produk kesihatan jenamanya sendiri awal tahun ini.

“Setakat ini bisnes produk saya, Alhamdulillah semakin baik, InsyaAllah selain dari produk yang sedia ada, kami akan mengeluarkan beberapa produk lagi sepanjang tahun ini. Dan impian saya pada masa akan datang, saya akan mempunyai farmasi yang mengeluarkan produk-produk kesihatan saya sendiri.

“Mana-mana selebriti yang ada produk mereka, boleh turut sama meletakkan produk itu di farmasi saya. Mana tahu dengan izin Allah saya akan ada francais farmasi saya sendiri satu hari nanti,” kata Mawi yang dipetik melalui portal Murai.

Selain itu, anak jati Johor ini juga mengakui popularitinya semakin berkurangan walaupun Mawi sebelum ini pernah mencipta fenomena ketika menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sehingga digelar Tsumawi di kalangan peminatnya.

Biasalah tu Mawi, dunia hiburan ni ada pasang surutnya, yang penting artis itu bertindak bijak dengan membuat persiapan atau perancangan supaya tidak mengalami kesempitan hidup di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails