Wednesday, May 15, 2013

Sharifah Shahira Pinta Maafkan Sakinah

Syarifah Shahira


Sharifah Shahira Pinta Maafkan Sakinah


Pelakon Sharifah Shahira berharap masyarakat dapat memaafkan adiknya, Sharifah Sakinah yang menimbulkan kontroversi apabila merakam video berbaur lucah sehinggakan dirinya dikecam sesetengah pihak akibat tindakannya itu.

“Tolong maafkan dia (Sakinah) kerana dia masih muda. Niat Sakinah hanya bergurau, bukan meraih publisiti murahan atau berkongsi mengenai pakaian dalam,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro, hari ini.

Pelakon dan pengacara itu juga menyatakan adiknya sekadar ‘test market’ di mana akhirnya perbuatan itu memakan dirinya sendiri.

“Tujuan sebenar Sakinah adalah menyindir pengguna Keek yang kerap berkongsi kisah peribadi mereka, mungkin orang tidak memahami jenaka yang cuba dilakukannya,” jelasnya lagi.

Shahira juga sudah mengingatkan adiknya itu sebelum ini supaya sentiasa menjaga kelakuan kerana sebagai ‘public figure’, setiap perbuatan atau tingkah laku mereka sentiasa menjadi tatapan orang ramai di luar sana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails