Thursday, May 16, 2013

New Boyz Bakal Buat ‘Comeback’

Tomok


New Boyz Bakal Buat ‘Comeback’


Kumpulan yang popular pada lewat 90 an, New Boyz dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula untuk mengubati rindu peminat terhadap kumpulan kegilaan remaja pada ketika itu.

Menurut vokalisnya, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, seiring dengan perubahan waktu, nama New Boyz telah ditukar kepada NB.

“New Boyz masih ada. Kami masih lagi bersama, cuma, komitmen. Itu yang menyebabkan kami jarang muncul di kaca TV.

“Banyak permintaan yang mahu kami buat ‘comeback’. Tapi, ada kekangan masa. Tomok tak dapat lagi untuk mengumpulkan semua ahli. Tomok terlibat dengan Versus, perancangan album solo dan lakonan. InsyaAllah, perancangan itu ada, ” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

Tentunya berita ini menggembirakan sebilangan besar peminat anak-anak muda ini yang suatu ketika pernah popular dengan lagu-lagu berhantu seperti Sejarah Mungkin Berulang dan Meraung ini.

Jadi, tunggu saja kemunculan mereka semua khas buat anda yang sentiasa menyokong perjalanan karier kumpulan New Boyz.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails