Saturday, May 18, 2013

Shakira tinggalkan The Voice



Shakira
Shakira

PENYANYI pop terkenal, Shakira dikhabarkan bakal meninggalkan program nyanyian realiti TV, ‘The Voice’ selepas menjadi juri untuk satu musim saja.

Shakira berkata kepada Access Hollywood bahawa dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

“Tidak untuk musim akan datang. Saya perlu meninggalkan anak saya (Milan) di rumah.

“Jadi, sekarang saya perlu tinggal bersamanya untuk seketika dan juga menyiapkan album terbaru saya,” katanya.

Shakira melahirkan anak lelaki pertamanya, Milan awal tahun ini.

Penyanyi berusia 36 tahun ini sempat menambah dengan berkata, “mungkin (saya akan kembali) untuk musim akan datang.”

Penyanyi, Christina Aguilera dijangka bakal menyertai The Voice kembali  setelah menjadi juri pada musim sebelumnya.

Shakira dan Usher menjadi juri bagi The Voice musim ini menggantikan tempat Christina dan Cee Lo Green.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails