Saturday, May 18, 2013

Transformasi Britney Spears

Kekasih Britney penjenayah?
Britney Spears

Siapa yang tidak mengenali penyanyi cantik dan seksi, Britney Spears yang menggegar dunia hiburan Hollywood dengan lagu-lagu berhantunya seperti Baby One More Time (1999) dan Oops!... I Did It Again (2000).

Malah setiap lagu nyanyiannya sering mendapat perhatian. Suaranya yang merdu dan vokal yang unik menjadikannya popular dalam sekelip mata di usia yang masih muda.

Walaupun si cantik berambut perang ini berjaya membina empayarnya sendiri dalam dunia hiburan, namun Spears pernah mengalami zaman kejatuhan apabila terlibat dengan dadah sehingga dimasukkan ke pusat pemulihan.

Perkara yang paling meninggalkan kesan terhadap kehidupan Puteri Pop itu adalah selepas penceraiannya bersama bekas suami, Kevin Federline.

Malah perpisahan tersebut menyebabkan dia semakin tidak terurus dan membotakkan kepala sehingga mengejutkan seluruh dunia.

Namun, semua perkara tersebut hanya cebisan daripada masa silam Spears.

Kini, dia telah membuka buku baru dalam kehidupannya demi membesarkan dua puteranya, Sean Preston, 8, dan Jayden James, 7, dalam suasana yang lebih positif.

Apatah lagi, Spears baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah berpisah dengan tunangnya, Jason Trawick dan sebagai tanda perpisahan tersebut, dia telah menggayakan rambut barunya yang sesuai dengan imej terkini.

Kolaborasi dengan Will.i.am

Setelah sekian lama tidak muncul dengan single baru, Spears dalam diam berkolaborasi bersama penyanyi dan rapper terkenal, Will.i.am menghasilkan lagu berentak pop tecno iaitu Scream & Shout.

Lagu tersebut dimuatkan dalam album solo keempat Will.i.am iaitu “#willpower menduduki carta Top 5 dalam Hot 100 selepas ia dilancarkan baru-baru ini.

Kerjasama antara dua nama besar dalam industri hiburan Hollywod bukanlah pertama kali dilakukan sebaliknya mereka pernah bersama menghasilkan lagu seperti Femme Fatale dan Big Fat Bass.

"Selepas dua lagu ini, kami sekali lagi bekerjasama menghasilkan Scream & Shout.

"Britney sangat menyenangi cara saya bekerja dan saya selesa bekerja dengannya," kata Will.i.am.

Selepas kejayaan tersebut, difahamkan penerbit dan penyanyi pop itu akan bekerjasama selama tiga bulan dalam studio bagi merakamkan album Spears yang kelapan.

"Kemungkinan lagu terbaru Britney berkonsepkan 'disco pop'. Jika dilihat genre muziknya yang terkini, ia sudah menjadi trend baginya," katanya.

Sementara itu, bagi projek yang akan datang, Spears akan kembali dengan single terbarunya, Ooh La La yang bakal dimuatkan sebagai soundtrack filem The Smurfs 2.

Pindah rumah

Baru-baru ini, kawasan perumahan yang didiami Spears di California terlibat dalam satu insiden kebakaran yang menyebabkan 15 buah rumah dan beberapa kenderaan terbakar.

Bukan sahaja melibatkan rumah Spears, kebakaran tersebut turut mengancam beberapa selebriti terkenal Hollywood.

Malah penyanyi pop itu disarankan berpindah dengan segera oleh pihak keselamatan tempatan kerana kebakaran tersebut menjadi bertambah buruk.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian tersebut meninggalkan impak yang besar terhadapnya kerana rumah yang didiami sejak sekian lama menghuni di kawasan perumahan mewah, Malibu.

"Kejadian ini amat menakutkan kami dan saya bersimpati dengan nasib mangsa kebakaran. Ia merupakan pengalaman pertama kami menyebabkan anak-anak ketakutan melihat situasi tersebut," katanya.

Berdasarkan laporan tempatan, kebakaran tersebut telah mengancam 4,000 buah rumah dan markas ketenteraan.

Manakala sebanyak 1,000 ahli bomba terpaksa menggunakan pelbagai kaedah demi memadam kebakaran tersebut termasuk helikopter, jentera dan lain-lain peralatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails