Wednesday, May 15, 2013

Suami Sazzy Peserta The Apprentice Asia

Nazril Idrus


Suami Sazzy Peserta The Apprentice Asia


Suami kepada selebriti popular Sazzy Falak, Nazril Idrus merupakan 12 peserta yang menyertai rancangan The Apprentice Asia yang bakal memulakan siarannya di saluran AXN bermula 22 Mei depan.

Rancangan yang diadaptasi dari program The Apprentice Amerika Syarikat yang diasaskan oleh jutawan Donald Trump itu bakal menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Datuk Tony Fernandes sebagai pengendali program.

“Saya mencuba nasib dalam program ini kerana saya minat dengan personaliti Tony. Saya mahu menjadi seperti dia. Walaupun dia sudah berjaya, namun itu bukan alasan dia menjadi sombong. Tony sangat merendah diri,” katanya melalui Berita Harian.

The Apprentice Asia bakal menyaksikan persaingan 12 peserta dari tujuh negara serantau iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, India dan Filipina.

Pemenang program itu kelak bakal bekerja di salah sebuah anak syarikat Tony Fernandes.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails