Wednesday, May 15, 2013

Angelina Jolie Jalani Pembedahan Mastektomi

Angelina Jolie


Angelina Jolie Jalani Pembedahan Mastektomi


Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan Mastektomi dalam usahanya untuk mencegah kebarangkalian menghidap penyakit kanser payudara.

Ini kerana menurut doktor yang merawat Jolie, dia mempunyai sebanyak 87 peratus kebarangkalian untuk menghidap penyakit itu dan 50 peratus menghidap kanser ovari yang telah membunuh ibu kesayangannya, Marcheline Bertrand.

Mastektomi merupakan pembedahan untuk mencegah atau mengurangkan risiko kansert payudara terhadap wanita yang berisiko tinggi untuk menghidapinya.

“Doktor menganggarkan bahawa saya mempunyai risiko 87 peratus daripada kanser payudara dan risiko 50 peratus daripada kanser ovari, walau bagaimanapun risiko untuk setiap wanita berlainan,” kata aktres berbibir seksi ini.

Menurut sumber Dailymail, selepas melalui pembedahan pada 27 April lalu, doktor mengatakan kemungkinan Jolie untuk menghidap kanser payudara adalah sebanyak lima peratus sahaja.

Jolie nyata gembira dengan keputusan itu dan sepanjang menjalani pembedahan itu dia berasa terharu apabila menerima sokongan yang kuat daripada tunangnya, Brad Pitt dan enam anak mereka iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails