Tuesday, May 14, 2013

Versus: Estranged Tak Fikir Soal Menang

Estranged


Versus: Estranged Tak Fikir Soal Menang


Setelah mengharungi tujuh minggu dalam pertandingan nyanyian band popular, Versus 2, kumpulan Estranged menyatakan mereka tidak terlalu memikirkan mengenai soal kemenangan yang bakal diraih sekiranya menjuarai program tersebut kelak.

Sebaliknya, Estranged yang dianggotai oleh Rich, Andy, Hanafi dan Din mengakui setiap minggu berasa sedikit tertekan untuk mengubah lagu yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Kami tak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan. Kami akui setiap minggu adalah tekakan untuk kami menggubah lagu tugasan. Tak dinafikan memang kami mahu menang, siapa yang tak menang. Tapi kami mahi terus merendah diri dan bergembira dengan setiap persembahan selain menghiburkan peminat,” kata Rich yang dipetik melalui laporan Berita Harian.

Versus kali ini memperlihatkan ‘battle’ di antara lima kumpulan hebat, iaitu Manifesto, Kristal, Kyoto Protocol dan Ohchentaku.

Pada saingan minggu ini, kelima-lima band ini harus mengolah semula dengan cara kreatif mereka dengan gabungan lagu dua kumpulan rock lagenda, Wings dan Search.

Siapakah yang bakal menyerlah pada minggu ini?

Jangan lupa saksikan kehebatan Versus 2 yang diacarakan oleh Hani Hatim dan Aidid Marcello ini ya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails