Thursday, May 16, 2013

Zul – Gayatri Belum Nak Kahwin

Zul - Gayatri


Zul – Gayatri Belum Nak Kahwin


Pasangan yang sedang hangat bercinta, Zul Ariffin dan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai berkata mereka memang sudah ada perancangan untuk mendirikan rumahtangga namun bukanlah dalam masa terdekat ini.

Pelakon berbadan sasa ini mengesahkan mereka sudah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga masing-masing sekali gus menampakkan hubungan yang dibina sejak setahun lalu benar-benar serius dalam merencana kehidupan bersama kelak.

“Memang ada rancangan tapi bukan tahun ini. Saya dah pernah jumpa keluarga dia. Dia pun dah berkenalan dengan keluarga saya. Tapi kita tak bincang apa-apa pun lagi,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Sebelum ini, hubungan cinta Zul dan Gayatri mendapat kritikan daripada peminat kerana Zul didakwa sengaja ingin mengambil kesempatan tawaran berlakon di atas status kekasihnya itu yang merupakan produser syarikat filem terbesar di sini.

Walaupun sering mendengar mengenai cerita-cerita negatif sebegitu, Gayatri enggan melayan cakap-cakap orang kerana sepanjang berkenalan dengan Zul, dia tidak pernah nampak niat serong lelaki itu terhadap dirinya.

“Mungkin hanya pada awal-awal dulu saja ada pihak-pihak yang nak membuatkan kami tak gembira. Saya anggap itu sebagai sifat lazim manusia. Kadang-kadang mereka (manusia) ini lebih suka nak cari salah orang lain. Tentang dakwaan mengatakan Zul ambil kesempatan terhadap saya, itu tak betul. Sepanjang saya kenal Zul, dia bukan seperti yang didakwa. Dia tak ‘take advantage apa-apa pun,” jelas Gayatri.

Baguslah begitu Zul – Gayatri, jangan peduli dengan cakap-cakap orang, yang penting anda berdua bahagia bersama itu dah cukup memadai.

Semoga hubungan kalian akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails