Saturday, June 22, 2013

Bade Restu Hubungan Cinta Anaknya Dgn Sakinah

Bade Hj Azmi


Bade Restu Hubungan Cinta Anaknya Dgn Sakinah


Pengarah filem terkenal, Bade Hj Azmi merestui hubungan cinta di antara anaknya, Shamil Equan atau lebih dikenali sebagai Albab dengan pelakon sensasi, Sharifah Sakinah.

Sebelum ini, isterinya Erma Fatima turut memberi ‘green light’ di atas perhubungan itu walaupun Sakinah sering kali mencetuskan kontroversi berikutan video-video nakalnya di laman Keek sebelum ini.

“Ya, saya tahu tentang Albab dengan Sakinah. Mereka pun baru je bercinta. Sakinah ada berlakon dalam drama saya, Planet Kiara dan saya rasa sejak itu la agaknya mereka bercinta.

“Tiada sebab untuk saya tidak menerima Sakinah. Saya kenal dia dah lama, saya kenal kakak dia. Kalau tentang hal video dia di You Tube, itu adalah biasa. Lebih-lebih lagi orang yang berusia muda sepertinya. Saya dulu pun masa muda macam tu. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengeksperikan diri mereka. Sakinah ni kelakar orangnya,” katanya yang dipetik menerusi laporan Malaysian Digest.

Nampaknya, kedua-dua ibu bapa Albab sudah memberi restu hubungan anaknya dengan Sakinah biarpun di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda Sakinah baru-baru ini.

Diharapkan selepas ini Sakinah akan lebih berhati-hati apabila ingin memuat naik sebarang gambar atau video yang ingin dikongsikan bersama-sama peminatnya di laman-laman sosial.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails