Tuesday, June 11, 2013

Dato’ AC Mizal Nak Beli Kapal Terbang Sendiri?

AC Mizal

Kalau betul apa yang sedang berlegar-legar di ruang gosip hiburan tempatan ini, AC Mizal bakal menjadi selebriti tempatan pertama yang memiliki pesawat sendiri. Betulkan jika kami silap ya.

Menerusi portal hiburan Murai, Dato’ AC Mizal khabarnya bakal membeli pesawat komersialnya sendiri. Pada kami, tidak ada apa yang mustahil pada AC Mizal kerana selebriti ini memang seorang yang berfikiran jauh dan dia sendiri telah berjaya dengan perniagaannya walau pun sebelum ini dia terlibat dengan kontroversi.

Melalui laporan yang sama juga, tidak dapat dipastikan pesawat jenis apakah yang akan dibeli oleh Dato’ AC Mizal. Jika dikatakan komersial, kemungkinan beliau akan membeli pesawat jenis Airbus ataupun Boeing. Wahhh!

Jika benar khabar angin ini, maka tahniah pada Dato’ AC Mizal ya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails