Wednesday, June 12, 2013

Najwa ‘Bingung’ Diangkat Sebagai Ikon Belia Johor

Najwa Latif


Najwa ‘Bingung’ Diangkat Sebagai Ikon Belia Johor


Sebuah akhbar tempatan baru–baru ini ada melaporkan yang penyanyi remaja berbakat, Najwa Latif telah dipilih sebagai Ikon belia bagi negeri Johor.

Laporan turut menyatakan pemilihan Najwa selaku ikon baru belia di Negeri Johor diberikan atas kesinambungan kejayaanya didalam bidang nyanyian dan juga pendidikan yang seimbang.

Bagaimana sewaktu kami menemui Najwa di Bukit Jalil baru baru ini bagi mendapatkan kenyataan beliau tentang perkara tersebut hampa dan kelihatan Najwa latif juga seakan ‘bingung’ dengan soalan yang dilemparkan kepadanya manakala pihak pengurusanya sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Jelas Kakak Najwa selaku pengurus, mereka sendiri mengetahui perkara tersebut melalui akhbar.

“Kami sebenarnya tidak mendapat apa-apa maklumat yang lengkap tentang perkara ini, dapat tahu pun setelah baca laporan dari akhbar baru baru ini. Pengesahan secara bertulis memang kami tidak dapat lagi dan kami masih menanti. Kami pun sebenarnya terkejut dengan perkara ini.”

“Harap pengesahan secara rasmi tentang pemilihan Najwa selaku ikon bagi negeri Johor dapat kami terima. Sementara itu kami memang tidak boleh komen apa-apa lagi pasal pekara ini “. - buahmulut.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails