Sunday, June 16, 2013

Elfira, Zoey Bercinta Di Munich

Elfira, Zoey


Elfira, Zoey Bercinta Di Munich


Amboi! Tengok foto romantis pasangan pelakon cun popular – Zoey Abdul Rahman (kiri) bersama Elfira Loy di Munich, Jerman pada akhir Mei lalu.

Mereka bercintan-cintun dan jadi pasangan suami isteri dalam siri drama terbaru , Demi Dia’ arahan Aziz M Osman sebanyak 24 episod terbitan Ace Motion Pictures untuk siaran TV3 nanti.

Menurut Elfira, 19, pada 25 Mei hingga 1 Jun lalu mereka menjalani penggambaran di Jerman dan Austria. Turut ke sana pelakon popular, Erma Fatima dan Amar Bahrin.

Elfira pegang watak Azura dan Zoey sebagai Zack. Siri drama itu adalah adaptasi dari filem cinta popular, Azura’.

Kini Elfira atau panggilan manjanya El sedang sibuk pula shooting filem Rentap The Movie arahan Simon Long terbitan Double Visions.

El pegang watak heroin bernama Elaine iaitu wartawan yang membongkar sindiket menculik anak yatim.

Juwie tanya: “El dah ada boyfriend ke?”

Jawab El: “El tak pernah bercinta. Sejak umur 12 tahun sibuk sekolah dan berlakon hinggalah sekarang. Emak selalu temankan El. Masa lapang bersama keluarga.

“Lelaki yang menjadi kawan baik El ialah Zoey, Dafi dan Hairul Azrin.” - BH Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails