Sunday, June 16, 2013

Rozita Che Wan Terasa Awet Muda

Rozita Che Wan


Rozita Che Wan Terasa Awet Muda


Selepas dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit, Safi Rania Gold, pelakon popular, Rozita Che Wan kini dipilih menjadi duta bagi jenama makanan tambahan, Longevite. Pengumuman perlantikannya sebagai duta produk keluaran Rich Beauty Sdn Bhd ini dibuat dalam satu majlis khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Rabu.

“Selain menitikberatkan penjagaan kecantikan, saya juga sangat mementingkan soal penjagaan kesihatan dalaman. Sebelum ini saya tidak mengambil sebarang suplemen kerana saya seorang yang susah untuk makan ubat.

Bagi saya, cukuplah sekadar khasiat vitamin yang diperoleh daripada makanan seharian. Selain itu, saya juga tidak mengambil makanan tambahan kerana ragu-ragu dengan keberkesanannya dan tidak tahu isi kandungannya.

Namun, apabila diperkenalkan dengan produk ini pada April lalu, saya terus suka kerana senang nak makan. Ini kerana, ia hanya boleh dihisap atau dikunyah sahaja dan rasanya pun sedap,” ujarnya yakin dengan produk tersebut.

“Apa-apa saja produk yang mahukan saya menjadi duta, saya akan pastikan ia bagus dan berkualiti. Selepas tengok kebaikan produk ini serta bahan-bahannya yang halal, saya yakin untuk menjadi duta produk ini. Saya berasa segar dan awet muda hanya selepas tujuh hari mengambil produk ini.”

Longevite merupakan makanan tambahan pertama berbentuk kunyahan untuk anti-penuaan dan pencerahan wajah. Mengandungi Tocotrienol iaitu Super Vitamin E yang diperoleh daripada ekstrak kelapa sawit, Longevite juga mampu mengatasi masalah seperti lemah jantung, rambut gugur, insomnia, kanser, kulit kering serta berjerawat, masalah berat badan, sembelit, kurang tenaga batin dan banyak lagi. – gua.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails