Thursday, June 6, 2013

Lelaki Itu Bekas Teman Lelaki Saya – Hanis Zalikha

Baru-baru ini, sebuah suratkhabar telah pun memaparkan beberapa keping gambar Hanis Zalikha dan seorang lelaki. Gambar-gambar tersebut bukannya daripada akaun Instagram Hanis tetapi telah dikongsikan oleh si lelaki misteri tersebut. Dikatakan bahawa lelaki tersebut ialah kekasih Hanis dan merupakan seorang juruterbang.

hanis zalikha

Hanis Zalikha pantas menerangkan identiti lelaki di dalam gambar tersebut. Kata Hanis:-
Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot. Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.

hanis zalikha

Nasib baik bekas teman lelaki. Dapat bayangkan betapa leganya para jejaka di luar sana yang menaruh hati terhadap Hanis apabila mendengar penjelasan ini. Masih ada peluang untuk anda mengorat Hanis. Hanis masih single mingle lagi. Kepada si bekas teman lelaki, sila jangan upload gambar anda berdua lagi kerana ia mampu membuatkan orang lain cemburu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails