Thursday, June 6, 2013

MasterChef: Cat Farish Tersingkir

MasterChef


MasterChef: Cat Farish Tersingkir


KUALA LUMPUR – Strategi sajian berlainan yang disediakan oleh Cat Farish sewaktu bersaing dalam pusingan Penyingkiran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi akhirnya memakan diri apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Menyediakan sajian `Salji Putih` berasaskan telur, yang merupakan bahan tema untuk pusingan Penyingkiran kali ini, Cat gagal memikat juri berbanding dua lagi saingannya yang menyediakan sajian Pavlova. Dua lagi saingan Cat itu ialah Rozita Che Wan dan Syura.

Ketiga-tiga mereka terpaksa bersaing dalam pusingan Penyingkiran selepas pasukan Biru yang diwakili mereka tewas dalam Cabaran Sajian Luar sehari sebelumnya. Celina yang juga seorang lagi ahli kumpulan Biru bagaimanapun terselamat selepas berjaya dalam ujian Kemahiran.

Dengan penyingkiran ini, Cat Farish berjaya mengumpul RM7000 kepada MERCY Malaysia, sebuah badan bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Sementara itu, pasukan Merah yang diketuai Syanie berjaya memenangi Cabaran Sajian Luar yang memerlukan mereka meniru juadah yang disediakan untuk sajian 25 orang. Selain Syanie, pasukan Merah turut dianggotai oleh Enot, Michael Ang dan Kenchana Dewi.

Kini tujuh selebriti sahaja lagi akan meneruskan cabaran mereka dalam MasterChef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang akan mereka lalui minggu ini? Siapa pula yang akan tersingkir? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134). – Murai.Com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails