Friday, June 14, 2013

Linkin Park Gegar Malaysia Ogos Ini

Linkin Park


Linkin Park Gegar Malaysia Ogos Ini


Kumpulan nu metal dan rap metal yang berasal dari California, Linkin Park dijadualkan bakal beraksi di Malaysia pada bulan Ogos ini.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak Warner Music Malaysia menerusi laman Facebook mereka, baru-baru ini.

Namun Warner Music masih belum lagi memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai konsert tersebut.

Linkin Park yang dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Rob Bourdon, Joe Hahn, Brad Delson dan Dave Farrell sebelum ini pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 2003.

Antara lagu hits mereka seperti In The End, Numb, Somewhere I Belong, Faint dan Crawling.

Bagi peminat tegar Linkin Park, jangan lupa dapatkan tiket anda apabila ianya sudah mula dijual nanti ya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails