Friday, June 14, 2013

Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September

Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September


Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September


PETALING JAYA – Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu ditunda kepada 3 September depan.

Pengarah Eksekutif, Kaizen Cosmetic, Sulaiman Ngah Dimin selaku penganjur persembahan itu berkata, penundaan tersebut dibuat disebabkan orang kenamaan (VVIP) yang dijemput melancarkan produk keluaran syarikat itu mempunyai aktiviti lain.

“Pihak VVIP yang ingin melancarkan produk keluaran Kaizen Cosmetic sempena malam amal itu tidak dapat memberi komitmen kerana beliau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sehubungan itu pihak kami terpaksa menundanya kepada 3 September depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang Khamis.

Dalam pada itu Sulaiman berkata, artis yang terlibat tidak menghadapi masalah dengan penundaan berkenaan sebaliknya mereka bersetuju untuk terus menghiburkan orang ramai pada tarikh baharu.

Katanya, orang ramai yang sudah membeli tiket tidak perlu khuatir kerana tiket asal masih sah dan boleh digunakan.

Tambahnya, lokasi acara berkenaan tetap tidak berubah iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Selain ketiga-tiga diva berkenaan, persembahan tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran Didie Alias, Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) sebagai pengacara bersama.

Maklumat dan keterangan lanjut berhubung penundaan itu boleh dilakukan dengan menghubungi Rahimi di talian 03-62425104 atau 010-2454923. – mStar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails