Friday, June 14, 2013

Miley Cyrus Pula Jadi Sasaran Amanda Bynes

Miley Cyrus Pula Jadi Sasaran Amanda Bynes


Miley Cyrus Pula Jadi Sasaran Amanda Bynes


Los Angeles – Pelakon bermasalah Amanda Bynes kini mendapat sasaran baru. Selepas Rihanna, kini Miley Cirus pula menjadi mangsa.

Dalam twitter terbarunya, Bynes telah memuat naik gambar Cyrus dan menulis `awak hodoh’.

Menurut Bynes, dia bebas menulis apa sahaja kerana ia adalah twitter miliknya.

Dalam pada itu, Cyrus ketika ditanya mengenai isu berkenaan berkata  ia amat menyedihkan namun dia enggan memburukkan lagi keadaan.

“Saya tidak mahu mencurah minyak ke dalam api. Saya berharap agar dia dapat kembali semula sehinggalah dia mula menyerang saya.

“Saya hanya berfikir dia hanya memeriahkan keadaan apabila menyebut nama saya ketika nama saya disebut-sebut dalam twitter dan menjadi sebutan ramai,’’ katanya ketika ditemubual dalam stesyen radion Hot 99.5.

Bynes menjadi berita muka depan selepas dia mencetuskan masalah dengan pihak berkuasa termasuk memandu tanpa lesen dan dituduh menghisap dadah.

Kelakukannya itu kini mencetuskan persoalan mengenai tahap kesihatan mentalnya.

Namun pergaduhannya dengan Cyrus dikatakan ada kaitan dengan tunang Cyrus iaitu Liam Hemsworth.

Bynes dan Hemsworth kononnya pernah berpacaran pada 2009.
Bynes sebelum ini menulis di dalam twitternya bahawa Chris Brown meninggalkan Rihanna kerana wajahnya yang buruk.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails