Sunday, June 9, 2013

Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan

Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan


Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan


SATU berita yang mengejutkan, pagi tadi menerusi laman web rasmi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf Muslim dikatakan telah meletak jawatan dan kini bukan lagi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di pusat rawatan itu.

Menerusi pengumuman yang sama, Ashraf juga telah meletakkan jawatan Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah. Menariknya, perletakan jawatan ini telah pun berkuat-kuasa pada tanggal 2 Jun, lima hari yang lepas.

Screen-Shot-2013-06-07-at-9.48.58-AM

Bagi yang tidak tahu, pusat rawatan Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf sendiri, Lokman Abdul Hamid, 52. Ashraf telah berkahwin dengan anak Lokman iaitu Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

Menurut sumber-sumber, perletakan jawatan ini berpunca dari isu poligami yang timbul sebelum ini. - Oh Bulan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails