Sunday, June 9, 2013

Shout! Awards Serah Kuasa Memilih Kepada Penonton

Shout! Awards Serah Kuasa Memilih Kepada Penonton


Shout! Awards Serah Kuasa Memilih Kepada Penonton


Majlis anugerah paling hip di Malaysia, Shout! Awards kini kembali untuk tahun yang keempat di 8TV. Shout! Awards diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menjulang bakat dan kreativiti yang memberi impak besar dalam industri seni Malaysia dalam bidang muzik, perfileman, televisyen, radio dan media sosial.

Bersesuaian dengan ‘trend’ masa kini yang membangun pesat melalui perkembangan media sosial dan teknologi, 8TV sekali lagi menggunakan medium ‘online’ untuk mengumumkan kemunculan semula Shout! Awards. Sidang akhbar secara ‘live’ menerusi medium ‘online’ menerusi Google+ Hangout ini dihadiri oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7 dan Jeniffer Thompson, Ketua Jawatankuasa Shout! Awards.

Dihoskan oleh Julie Woon dan Phat Phabes, artis terkenal seperti Yuna, Bunkface, Hunny Madu dan Kyoto Protocol bersama-sama dengan Ahmad Izham Omar, Airin Zainul dan Jeniffer Thompson meluangkan masa bersama berbual di laman maya menerusi Google+ Hangout.

“Kami seluruh warga 8TV sangat berbangga untuk membawakan Shout! Awards untuk kali keempat bagi memberikan pengiktirafan dan menjadi salah satu pemangkin untuk bakat-bakat kreatif yang ada dalam industri hiburan Malaysia terus maju melangkah ke hadapan dan menghasilkan sesuatu yang bakal memberikan impak besar terhadap industri hiburan Malaysia,” jelas Airin Zainul di Sidang Media Shout! Awards.

“Jika pada tahun-tahun sebelum ini, Shout! Awards menerima pencalonan daripada pihak syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem dan stesyen televisyen yang mencadangkan nama-nama artis mereka untuk menjadi calon awal Shout! Awards sehingga ke Top 6, kini Shout! Awards  tampil berbeza dengan memberi kuasa memilih kepada penonton bermula daripada pencalonan awal sehinggalah ke pemilihan pemenang,” ulas Izham.

Dalam masa yang  sama, Izham turut menjelaskan kriteria pemilihan calon awal untuk menembusi ke peringkat ‘Top 6’ ialah, mereka haruslah mempunyai kreativiti tersendiri, segar dan membawa impak kepada industri hiburan negara.

Bagi peminat-peminat Shout! Awards, jangan lupa untuk singgah ke laman Instagram dan Keek Shout! Awards menerusi carian @theshoutawards dan jangan lupa untuk menyaksikan sekali lagi kehebatan Shout! Awards yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 November 2013 jam 8.30 malam menerusi saluran hip 8TV!

Senarai Kategori Shout! Awards

1. Rockstar Award

2. Popstar Award

3. Power Vocal Award

4. Flava Award

5. Break Out Award (Best New Act)

6. Music Video Award
7. Best On Screen Chemistry Award

8. Fresh TV Series Award

9. Breakthrough Local Feature Award

10. Favourite TV Program Award

11. Favourite TV Personality Award

12. Coolest Radio Announcer Award

13. Favourite Radio Show Award

14. Hot Chick Award

15. Hot Guy Award

16. Wired Celebrity Award

17. Shout! Aloud Award

18. The Ultimate Shout! Award – Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails