Thursday, June 27, 2013

Yana Samsudin Dah Tunang Anak Kenamaan?

Yana


Yana Samsudin Dah Tunang Anak Kenamaan?


Apabila dilihat menghadiri sebuah majlis bersama seorang jejaka berkulit putih, Yana Samsudin ditelah sudah bertunang dengan temannya itu.

Yana bagaimanapun menafikan perkara ini sambil menambah, sampai sekarang keluarganya belum menerima sebarang utusan peminangan mahupun risik daripada mana-mana jejaka.

Justeru dia menolak bahawa jejaka yang dipercayai anak seorang tokoh korporat itu ada kaitan istimewa dengannya buat masa sekarang.

Apa pun, peminat Yana tidak perlu risau kerana dia berjanji tidak akan menyembunyikan perkara besar begini sekiranya ia betul-betul terjadi kelak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails