Wednesday, July 3, 2013

Aktor Korea Nafi Bercinta Dengan Hanez Suraya

Hanez Suraya


Aktor Korea Nafi Bercinta Dengan Hanez Suraya


Hanez Suraya pernah mengeluarkan kenyataan dia baru sahaja putus cinta dengan Awi Rafael malah mengakui sukar melupakan lelaki tersebut.

Tup-tup, timbul gosip menyatakan dia sebenarnya sudah pun menemui pengganti Awi iaitu pelakon dan model kelahiran Seoul yang baru mencipta nama di Malaysia, Kim Jin Sung.

Gosip ini timbul apabila Jin Sung yang mesra digelar JS mengaku dalam satu temubual dia menyukai Hanez.

943113_589818867715074_1027925875_n

Hanez apabila diminta mengulas perkara ini menganggap JS tersilap cakap kerana Bahasa Melayunya masih belum cukup baik untuk memahami sesetengah soalan wartawan.

Sementara JS pula, tampil membetulkan semula salah faham dengan menyatakan dia tidak menyimpan perasaan terhadap Hanez walaupun mengakui, antara ciri-ciri gadis idamannya iaitu tinggi, bijak serta cantik ada pada pelakon itu.

ohartis-hanez-suraya-aktor-korea-2

“Saya suka Hanez, walaupun dia hampir menepati ciri-ciri gadis idaman yang saya cari tetapi tidaklah sampai saya bercinta dengannya.

“Sejujurnya saya tidak tahu mengenai khabar angin yang dikaitkan antara saya dan Hanez. Kami tiada hubungan istimewa kerana masing-masing professional sewaktu bekerja. Tapi apa yang saya boleh katakan, dia adalah seorang kawan yang baik,” katanya.

Hanez dan JS merupakan gandingan pelakon yang menjayakan drama Autumn Di Hatiku. Drama ini akan disiarkan di portal Online Tonton bermula esok, 3 Julai 2013.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails