Wednesday, July 3, 2013

Cikgu Syafi Persoal Fida Ibrahim Masuk AF, Anggap Vokalnya Biasa Sahaja

Fida Ibrahim


Cikgu Syafi Persoal Fida Ibrahim Masuk AF, Anggap Vokalnya Biasa Sahaja


Anda sudah ada nama, ada peminat malah kini sudah ada satu platform kepada anda untuk maju dalam industri.

Tetapi kenapa masih memilih untuk memasuki Akademi Fantasia?

Perkara tersebut dipersoal oleh salah seorang juri AF, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi.

Cikgu Syafi dilihat kurang bersetuju dengan penglibatan pelakon dan juga penyanyi, Fida Ibrahim.

Menurut laporan Murai, Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya Fida memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

“Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon.
“Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja,” ujar Cikgu Syafi.

fida

Selain Fida, pelakon yang mula mencipta nama dalam industri hiburan di Malaysia, Arja Lee turut berjaya melepasi saringan ujibakat AF baru-baru ini.

Namun, menurut Arja Lee, cita-cita sebenarnya untuk menjadi penyanyi.

“Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi.

“Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis,” ujar Arja Lee memetik kepada Murai baru baru ini.

Perkara tersebut menjadi persoalan dalam kalangan peminat AF yang menyifatkan mereka ingin melihat muka-muka baru mencipta nama dalam industri hiburan tanah air apabila ada artis Malaysia yang berjaya melepasi saringan AF baru-baru ini di Shah Alam.

“Kita nak tengok bakat-bakat baru. Mereka (artis) ni dah ada peminat. Jadi tak perlu rasanya untuk mereka masuk AF lagi,” jelas Adie Lokman yang juga peminat setia AF.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails