Tuesday, July 2, 2013

Anak Ibnor Riza Bekas Kekasih Aliff Berkahwin

Anak Ibnor Riza


Anak Ibnor Riza Bekas Kekasih Aliff Berkahwin


Mungkin tidak ramai yang mengenali anak penyanyi veteran, Ibnor Riza. Namun Putri Norizah Ibnor Riza sebenarnya merupakan penyanyi yang popular di Brunei.

Putri juga pernah bercinta sebentar dengan penyanyi, Aliff Aziz selepas penyanyi berkenaan ditimpa gosip gambarnya berkucup dengan perempuan di kelab malam tersebar.

Di Malaysia, Putri baru hendak membina karier nyanyian di sini dengan menghadiri uji bakat Akademi Fantasia 7.

352f1430d11511e292c922000a1fb771_7

Bagaimanapun, itu nampaknya tidak menghalang Putri untuk mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai DJ Kino Takamura, semalam.

DJ Kino Takamura merupakan finalis Astro Spin Master 2011 (Musim 2) dan pernah dinobatkan Best Scratch DJ, Malaysia Club DJ Mixing Challenge (MCDMC) 2011.

Tahniah diucapkan kepada pasangan unik ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails