Tuesday, July 2, 2013

Video: MV Terbaru Maher Zain, Ramadan

Maher Zain - Ramadan


Video: MV Terbaru Maher Zain, Ramadan


Menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, maka ramailah selebriti yang mula mempromosikan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Tidak melepaskan peluang keemasan itu adalah penyanyi yang terkemuka dengan lagu Insya Allah, Maher Zain.

Beliau kini muncul dengan lagu serta video klip terbarunya berjudul Ramadan.

Dimuat naik pada 28 Jun lalu, video tersebut kini telah mendapat jumlah penonton hampir 400,000 orang.

Bukan itu sahaja, video tersebut juga telah mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada ramai peminat beliau.

Bait-bait kata lagu tersebut mendapat cetusan idea daripada Bara Kherigi dan Maher Zain dengan susunan muzik oleh Maher Zain sendiri.

Video muzik tersebut telah diarahkan oleh Hamzah Jamjoom daripada Awakening Records 2013.

Sama-sama kita saksikan muzik video tersebut sebagai penyemarak diri dalam menyambut bulan Ramadhan yang menjelang tiba.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails