Tuesday, July 9, 2013

Elak Tawaran Menyanyi Semasa Ramadhan

Amy Mastura


Elak Tawaran Menyanyi Semasa Ramadhan


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu, sebagai seorang penyanyi dan suri rumah tangga, Amy Mastura mempunyai perancangan serta strateginya yang tersendiri buat keluarga tercinta.

Menurut Amy Mastura, sepanjang bulan puasa nanti dia akan cuba perbanyakkan amalan ibadah bersama keluarga serta mengurangkan segala aktiviti nyanyian demi menghormati bulan yang mulia itu.

“Sepanjang bulan Ramadhan saya akan buat seberapa banyak ibadah yang boleh dan saya faham bukan sahaja di bulan puasa kita perlu lakukan itu, tapi saya rasa di bulan yang mulia ini adalah lebik elok sekiranya ia dilebihkan.

“Saya pun ada anak, jadi kalau boleh nak juga mencetus dan bagi contoh yang terbaik kepada mereka seperti menunaikan solat tarawih bersama atau sebagainya.

“Untuk bulan puasa ini saya juga akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan kalau boleh nak elakkan mengambil tawaran sebegitu. Tapi kalau ada undangan rakaman raya yang memerlukan saya menyanyi, saya akan cuba fikir-fikirkan dahulu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails