Tuesday, July 9, 2013

Fouziah Tak Fikir Raya, Fokus Hal Kahwin

Fouziah


Fouziah Tak Fikir Raya, Fokus Hal Kahwin


KELANA JAYA – Pelakon Fouziah Gous menolak khabar angin yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumahtangga dengan tunang, Zhafran Yusof pada bulan September ini.

“Saya tak kata bulan September, lepas raya yang pastinya. Saya tunggu abang bagi tarikh, baru boleh jalan, dah ada tarikh nanti, saya akan beritahu” katanya mengulas mengenai tarikh perkahwinannya yang masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Fouziah dan tunangnya yang merupakan seorang ahli perniagaan masih menunggu tarikh yang sesuai untuk menetapkan tarikh perkahwinan kerana mereka mahu majlis itu diadakan sebelum abang Fouziah berangkat ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana.

Ketika ditanya tentang persiapan menjelang hari bahagianya itu, pelakon berambut panjang ikal mayang itu menyatakan berkemungkinan besar akan menggunakan khidmat perunding majlis yang sama seperti majlis pertunangannya yang berlangsung pada Jun lalu.

DSC_8122

“Saya lebih selesa kerja dengan orang yang terlibat dengan majlis pertunangan saya. InsyaAllah (masih akan mengekalkan tenaga kerja yang sama),” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora sempena hari lebaran, di sini, semalam.

Dalam debaran bergelar raja sehari, Fouziah turut mengatakan dia kini lebih fokus untuk menyiapkan segera perkara-perkara yang berkaitan majlis perkahwinannya kelak.

“Saya nak selesaikan hal-hal kahwin dulu, bagi saya puasa yang lagi penting (dari hari raya) dan saya juga berharap dapat berpuasa penuh pada tahun ini,” katanya yang akan meluangkan masa berkunjung ke masjid berdekatan dengan rumahnya untuk menunaikan solat sunat tarawikh sekiranya tiada sebarang penggambaran pada hari tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails