Monday, July 8, 2013

Elfaeza Tepis Gosip Cinta Sharnaaz Ahmad

Elfaeza Ul Huq


Elfaeza Tepis Gosip Cinta Sharnaaz Ahmad


KUALA LUMPUR – Pelakon dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Huq menepis gosip kononnya dia mempunyai hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad sebaliknya hubungan itu tidak lebih daripada kawan biasa.

Elfaeza, 28, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip tersebut dan menyifatkan cakap-cakap itu timbul mungkin kerana kemesraan mereka di set penggambaran drama Mukhlis terbitan Saphire Screen baru-baru ini.

“Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul.

“Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai perhubungan kami,” katanya kepada mStar Online.

Elfaeza ditemui pada pelancaran koleksi baju raya terbaharu daripada pereka Azura Azwa di Rafflesia, Hotel Park Royal di sini, pada Khamis.

Drama Mukhlis arahan Faizal Loy akan disiarkan pada sambutan Aidilfitri nanti di saluran RTM.

Dalam pada itu aktres berkenaan bersama empat lagi selebriti baharu iaitu Fify Natasha, Reen Rahim, Mimie Ernida dan Ezzaty turut menggayakan baju Hari Raya rekaan adik beradik iaitu Azura dan Azwa.

“Saya bersyukur sangat apabila diberi peluang menggayakan rekaan terbaharu itu. Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia seni tempatan, ia sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi nama saya kepada umum menerusi majlis ini,” ujarnya.

Sementara itu, Azura, 29, berkata, koleksi Hari Raya pada kali ini lebih memberikan fokus gaya ‘retro’ moden.

“Kami mengambil inspirasi daripada seniwati Saloma yang memiliki ciri-ciri gaya klasik. Imej klasik itu kami memperkemaskan dengan rekaan moden menggunakan fabrik jenis ‘brocade’, sifon, ‘crepe’ dan sutera satin,” kata Azura.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Hari Raya Azura Azwa boleh datang ke butik mereka Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini atau layari Facebook label berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails