Monday, July 8, 2013

Shila Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael

Shila Amzah - Awi Rafael


Shila Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael


Penyanyi yang sedang mencipta nama di persada antarabangsa, Shila Amzah menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa ataupun bercinta dengan pelantun lagu ‘Bila Aku Jatuh Cinta’, Awi Rafael.

“Saya sebenarnya kurang selesa bila timbul isu sebegini, tapi saya tak ambil peduli. Selagi perkara ini bukan daripada mulut saya sendiri, saya tak kisah. Biarlah orang nak berkata apa. Tapi saya rasakan ‘timing’ gosip ini sangat tidak sesuai. Dia pun baru sahaja putus dengan kekasihnya. Saya tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Saya cuma mengenalinya sahaja sebagai kawan,” jelas pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini apabila diminta mengulas gosip yang mendakwa dia dan Awi kembali berpacaran setelah masing-masing putus cinta.

Shila yang ditemui di majlis pradengar album terbarunya berjudul ‘Shila Amzah’ di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat menyatakan yang buat masa ini dirinya agak serik untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta.

“Sejujurnya, saya agak serik. Buat masa sekarang, saya belum bersedia lagi. Ada orang yang cuba mendekati, tetapi saya hanya mahu berkawan sahaja buat masa ini,” jelas Shila yang pernah muncul dengan album yang berjudul ‘Bebaskan’ sebelum ini. – Gua

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails