Monday, July 8, 2013

Lindsay Lohan Akan Tinggal Dengan Ibu

Lindsay Lohan


Lindsay Lohan Akan Tinggal Dengan Ibu


LOS ANGELES – Aktres kontroversi, Lindsay Lohan akan tinggal bersama ibunya selepas keluar dari pusat pemulihan dadah, Cliffside Malibu pada hujung bulan ini.

Lohan dikatakan akan tinggal bersama ibunya, Dina di Long Island, New York.

“Dia (Lohan) akan memulakan kehidupannya semula bersama kami di rumah ini,” kata Dina kepada akhbar New York Daily News.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga dikatakan telah mengadakan parti kolam renang sempena hari jadinya pada 2 Julai lalu di rumah tersebut.

Bintang filem The Herbie Fully Loaded itu menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah selama 90 hari sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan bagi mengelakkan dirinya daripada dikenakan hukuman penjara. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails