Monday, July 15, 2013

Lisa Surihani Duta Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani


Lisa Surihani Duta Marigold Peel Fresh


Pelakon Lisa Surihani sekali lagi menjadi pilihan bergelar jurucakap produk apabila dirinya dipilih menjadi duta bagi jenama minuman terkenal, Marigold Peel Fresh, baru-baru ini.

Selepas menjadi duta produk Garnier, We Chat dan kanta lekap Freshlook, nampaknya personaliti Lisa yang bersih daripada sebarang kontroversi menjadi tarikan utama kenapa kebanyakan syarikat mahu menyuntingnya sebagai duta produk mereka.

“Saya benar-benar gembira kerana terlibat dengan jenama yang begitu saya gemari sejak kanak-kanak lagi dan bangga untuk mewakili suatu jenama yang dipercayai oleh saya dan keluarga saya,” katanya yang dipetik melalui Media Hiburan.

Bermula dengan empat perisa, kini produk minuman jus itu sudah pun mempunyai 15 variasi perisa yang mampu memikat selera anda untuk mencubanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails