Monday, July 15, 2013

Liyana Teruja Masak Juadah Untuk Suami

Liyana


Liyana Teruja Masak Juadah Untuk Suami


Pertama kali menyambut Ramadhan bersama suami tersayang, pelakon genit, Liyana Jasmay mengakui berasa teruja untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur buat mereka berdua.

Malah, dia juga sudah membayangkan apakah resipi yang mahu dimasak sepanjang bulan mulia itu.

“Saya teruja untuk pertama kali menyambut Ramadhan bersama suami. Saya nak masak untuk dia. Dia pun tak cerewet jadi saya dah tahu nak masak apa untuk dia.

“Suami suka sambal-sambal. Jadi, tak kisahlah sambal sardin, sambal sotong atau sambal ikan bilis,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Liyana yang popular menerusi filem Papadom dan Kami The Movie ini telah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Fathiudin Mazlan pada 2 Februari lalu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails