Tuesday, July 30, 2013

Lynnzay & Raja Ema Akhirnya Akan Berduet?

Screen Shot 2013-07-26 at 2.03.02 AM


Lynnzay & Raja Ema Akhirnya Akan Berduet?


Baru-baru ini bertempat di PWTC untuk rakaman ‘Melodi Raya’,penyanyi 80-an yang sudah kembali mewarnai industri muzik setelah 20 tahun menyepi akhirnya bertemu dengan penyanyi baru,Lynnzay yang pernah menyanyikan semula lagu popular Raja Ema yang bertajuk ‘Jejaka Idaman’.

Lagu ‘Jejaka Idaman 2.0′,versi baru hasil nyanyian semula Lynnzay telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan peminat asal Raja Ema. Ada juga khabar angin mengatakan Raja Ema sendiri tidak gemar dan marah dengan pembikinan semula lagu itu.

Setelah setahun Lynnzay berdepan dengan kontroversi ini,mereka akhirnya telah bertemu secara tidak sengaja dan Raja Ema sendiri memberi pengakuan kepada Lynnzay bahawa dia sebenarnya tidak tahu tentang kewujudan versi baru itu pada awalnya dan apabila di maklumkan,reaksinya adalah sebaliknya.Raja Ema sebenarnya amat menggemari versi baru Lynnzay dan memuji bakat penyanyi baru ini.

Berikutan daripada pertemuan ini,kelihatan Lynnzay dan Raja Ema sudah bermesra di laman Facebook dan kemungkinan besar akan melakukan kolaborasi untuk lagu baru tidak lama lagi.Ini adalah khabar yang baik kerana kedua penyanyi lama dan baru yang berbakat ini bakal memberikan kehangatan dalam muzik industri Malaysia.

Memandangkan Lynnzay berkebolehan mencipta lagu, sumber menyatakan bahawa beliau sendiri akan memerah otak bersama ahli produksinya untuk menghasilkan lagu yang bersesuaian dengan peredaran zaman dan Raja Ema juga memandangkan beliau sendiri menyukai lagu berentak ‘dance’.

Mari kita nantikan bilakah kolaborasi hangat ini akan berlaku dan dijadikan kenyataan.Tahniah buat Lynnzay dan SELAMAT KEMBALI,Raja Ema!

Jangan lupa dengarkan lagu terbaru Raja Ema ‘Warna Hatiku’ dan lagu Lynnzay ‘Mr Parasite’.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails