Monday, July 8, 2013

Nad Zainal Kekok Dengan Kekasih Bila Depan Skrin

Nad Zainal


Nad Zainal Kekok Dengan Kekasih Bila Depan Skrin


Kalau selama ini, Nad Zainal memilih untuk tidak terlalu bercerita tentang hal personal terutama bila ditanyakan soal teman lelaki. Meskipun Nad ini sendiri sudah beberapa kali dilihat membawa kekasihnya yang dikenali dengan nama Azwan itu ke majlis-majlis yang dihadirinya, namun pelakon semakin dikenali ramai menerusi drama Bukan Bidadari ini tetap tidak gemar membuka kisah peribadinya.

Tetapi kali ini Nad tidak mampu mengelak dari bercerita tentang dia dan Azwan. Apatahlagi bila pasangan itu buat pertama bakal muncul menerusi lakonan dalam telemovie sempena Aidilfitri nanti berjudul, Adnan Balik Raya.

“Saya akan jalani penggambaran telemovie itu dalam bulan Ramadan ini. Sebenarnya sebelum ni kami pernah berlakon dalam drama yang sama tapi ketika tu tak ada babak yang temukan kami. Tapi kali ini, pertama kali saya dan dia ada dalam satu babak yang sama. Dalam cerita tu dia kononnya suka kat saya tapi saya tak suka kat dia. Saya tergila-gilakan Adnan (lakonan Shaheizy Sam).

“Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila on screen dengan dia. Saya rasa sangat dibuat-buat. Sebab, saya ni kalau kat luar memang tak reti nak ayu, ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama”, katanya kepada Malaysian Digest.com.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penjelasan Azwan baru-baru ini di dalam sebuah akhbar mengenai hubungan cinta mereka, bagi Nad, dia tidak marah dengan tindakan teman lelakinya itu. Belajar dari pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling, Nad tetap dengan prinsipnya dia tidak mahu terlalu bercerita hal mereka berdua.

“Saya tak marah. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, saya sudah ada teman lelaki. Tapi untuk bercerita lebih-lebih tu, tidak. Saya juga nak kurangkan update di Instagram sebab banyak pengalaman orang sekeliling saya, apabila mereka terlalu sangat bercerita, akhirnya hubungan tu tak ke mana”, tuturnya.

Perkembangan lain, Nad bakal muncul dalam drama bersiri Kampung Girl. Digandingkan bersama Akim Ahmad, drama 13 episod ini berkisar dua insan, Ainnur Azmi (Nad) dan Ashraf Khairi (Akim) yang berbeza taraf namun atas kehendak keluarga, mereka bakal disatukan.

Disebabkan Ainnur seorang gadis kampung, dia dipandang rendah oleh Ashraf dan dia enggan menerima gaadis itu sebagai isterinya. Macam-macam konflik dan perkara lucu yang berlaku antara mereka berdua.

Mungkinkah hati pemuda bandar (Ashraf) ini akan mejadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal jadi kisah yang semakin rumit?

Selain Nad dan Akim, barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama arahan Heykal Hanifah ini seperti, Emma Maembong, Ramona Zam Zam, Reen Rahim, Hilal Azman, Anne Abdullah dan ramai lagi. Jangan lupa, saksikan Kampung Girl, di TV3 mulai 12 Julai ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails