Monday, July 8, 2013

Hazama Azmi Mahu Buang Imej Poyo

Hazama


Hazama Azmi Mahu Buang Imej Poyo


Juara Akademi Fantasia musim ke-9, Hazama Azmi menyatakan dia mahu membuang sedikit demi sedikit imej poyo yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Ini berikutan ada desas-desus yang mengatakan selebriti ini seorang yang poyo kerana kelantangannya dalam menyuarakan pendapat atau mempersoalkan sesuatu yang bermain di mindanya.

“Sebelum ini ada keluar isu yang kata saya poyo. Sebab itu keluarnya lagu Penglipur Lara ini,” katanya yang dipetik menerusi portal Ohbulan.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album sulungnya itu diharap dapat memberi penjelasan kepada umum dan peminat mengenai label yang sering diberikan kepada dirinya serta kebanyakan rakan artis lain.

Untuk pengetahuan umum, album Penglipur Lara memuatkan sembilan lagu namun terdapat tiga buah lagu yang liriknya ditulis oleh Hazama sendiri iaitu Dengarlah, Semalam dan Noktah.

Buat peminat setia penyanyi kelahiran Keramat ini, jangan lupa dapatkan albumnya di pasaran kelak!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails