Wednesday, July 31, 2013

Pelakon Drama Tertikam Diri Sendiri

Shukri Yahaya


Pelakon Drama Tertikam Diri Sendiri


PELAKON utama drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

“Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu di bahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

“Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya di tangan saya,” katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini (tadi).

Menurutnya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails