Tasha Shilla Tidak Teruja Sambut Aidilfitri
PELAKON Tasha Shilla mengakui tidak terlalu teruja menyambut Hari Raya kali ini berbanding tahun pertama bergelar artis.
Tasha, 26, berkata, segala persiapan raya dibuat secara sederhana.
“Tahun ini merupakan tahun ketiga saya beraya sebagai artis, jadi rasa teruja itu sudah kurang berbanding din awal kemunculan dulu.
“Kalau dulu saya punya baju raya berbelas pasang sampai tidak terpakai, kali ini pula saya tiada beli baju raya kerana baju yang saya beli adalah untuk dipakai pada majlis berbuka puasa,” katanya.
Tambahnya, dia lebih menumpukan kepada keperluan keluarga berbanding diri sendiri.
Dalam pada itu, Tasha berkata sambutan Hari Raya seperti biasa balik ke kampung halaman di Johor.
“Seperti tahun-tahun sebelumnya kami beraya di kampung nenek iaitu di Batu Pahat, Johor.
“Apa yang seronok dapat berjumpa semua sanak saudara yang sememangnya setahun sekali sahaja kami berjumpa,” katanya.
0 comments:
Post a Comment