Showing posts with label gelak ketawa. Show all posts
Showing posts with label gelak ketawa. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Surat Aduan Kepada Ketua Kampung Versi Terengganu


kampung sapa ni?kampung zizang maharaja lawak ke.hahah


Sunday, September 25, 2011

Menantu Ke Hantu ?

Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Friday, March 11, 2011

Manggis Percuma - Harga Pasaran Manggis


 

Pada suatu hari ada seorang pembeli ( Wan Akil ) yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah manggis ( Wan Afifi ).

Pembeli ( Wan Akil ) : “Bang, berapa harga manggis sekilo?”
Penjual Buah (Wan Afifi) : “RM7!”

Pembeli ( Wan Akil ) : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Penjual Buah (Wan Afifi) : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”

Pembeli ( Wan Akil ) : “Kalau tak manis, macam mana bang?”

Sunday, February 27, 2011

Kalau Anda Rasa Tak Berminat Sila Keluar !!!!


Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang studentnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit studentnya keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang ada dalam bilik kuliah tersebut.( Namanya Ajis )

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata,

Related Posts with Thumbnails