Showing posts with label gomez. Show all posts
Showing posts with label gomez. Show all posts
Thursday, October 20, 2011
Selena Gomez berada dalam ketakutan diancam pesakit mental
PASTINYA saat ini penyanyi remaja yang juga kekasih Justin Bieber, Selena Gomez, berada dalam ketakutan. Sesiapa pun akan berasa sedemikian sekiranya menerima ugutan bunuh yang mengecutkan perut.
Jika sebelum ini Gomez yang turut dikenali sebagai pelakon itu pernah mendapat ancaman daripada peminat penyanyi remaja tersohor itu, setelah gambar mereka dalam suasana penuh intim ketika bercuti tersebar di internet, kali ini ugutan yang diterima lebih teruk lagi.
Menurut laman gosip terkenal, TMZ, seorang lelaki berusia 46 tahun dikenali sebagai Thomas Brodnicki memaklumkan kepada orang ramai yang Tuhan menyuruhnya membunuh artis remaja yang popular dengan siri Wizards of Waverly Place itu.
Lelaki terbabit pula mempunyai sejarah sakit mental, jenayah mengendap dan melakukan ancaman. Tentunya ia kombinasi yang menakutkan sekali buat sesiapa saja. Berikutan ancaman berkenaan, Unit Pengurusan Ancaman, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menangani kes itu dengan serius.
Gomez sendiri sudah pun ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya lelaki itu tidak mendekati dirinya kerana dia benar-benar berada dalam ketakutan.
Subscribe to:
Posts (Atom)