Showing posts with label justin biebier. Show all posts
Showing posts with label justin biebier. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Justin Bieber Hamilkan Peminat

apa dah jadi dengan penyanyi lagu baby ni?


jom gelak!!! =p


 


Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.

Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.- mstar

Thursday, October 20, 2011

Selena Gomez berada dalam ketakutan diancam pesakit mental


PASTINYA saat ini penyanyi remaja yang juga kekasih Justin Bieber, Selena Gomez, berada dalam ketakutan. Sesiapa pun akan berasa sedemikian sekiranya menerima ugutan bunuh yang mengecutkan perut.

Jika sebelum ini Gomez yang turut dikenali sebagai pelakon itu pernah mendapat ancaman daripada peminat penyanyi remaja tersohor itu, setelah gambar mereka dalam suasana penuh intim ketika bercuti tersebar di internet, kali ini ugutan yang diterima lebih teruk lagi.
Menurut laman gosip terkenal, TMZ, seorang lelaki berusia 46 tahun dikenali sebagai Thomas Brodnicki memaklumkan kepada orang ramai yang Tuhan menyuruhnya membunuh artis remaja yang popular dengan siri Wizards of Waverly Place itu.
Lelaki terbabit pula mempunyai sejarah sakit mental, jenayah mengendap dan melakukan ancaman. Tentunya ia kombinasi yang menakutkan sekali buat sesiapa saja. Berikutan ancaman berkenaan, Unit Pengurusan Ancaman, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menangani kes itu dengan serius.

Gomez sendiri sudah pun ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya lelaki itu tidak mendekati dirinya kerana dia benar-benar berada dalam ketakutan.

Related Posts with Thumbnails