Showing posts with label justin bieber cute. Show all posts
Showing posts with label justin bieber cute. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Justin Bieber Mahu Tumbuhkan Misai?


Bintang pop remaja ini benar-benar sudah terlupa yang dia masih remaja, 17 tahun dan masih belum cukup umur jika di Malaysia. Terbaru, Justin memberitahu bahawa dia mahu punyai misai sendiri supaya dapat menyertai kempen hindari kanser prostat (Movember).

Untuk yang tidak tahu, sebagai salah satu cara menunjukkan bahawa anda menyokong kempen hindari kanser prostat, biarkan sahaja misai anda tumbuh tanpa perlu dicukur pada bulan November ini.

Namun tidak bagi Justin Bieber yang popular dengan lagu “Mistletoe” ini, dia cuba menumbuhkan misainya hanya dengan keputusan yang mengecewakan. Umurnya yang terlalu muda tidak membenarkan hormon dia untuk berkembang lebih pesat.

Dia juga turut memberitahu, “Sudah Movember, misai saya sudah mula tumbuh. Ada sedikit (rambut muka), tetapi hanya pada bahagian atas bibir. Tapi saya masih mempunyai suara yang tinggi.”

Wednesday, November 23, 2011

Bieber buat ujian DNA



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja, Justin Bieber telah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Jumaat lalu berhubung saman paterniti oleh seorang wanita, menurut satu laporan semalam

Wanita berkenaan, Mariah Yeater sebelum ini mendakwa bahawa Bieber ialah bapa kandung bayi lelakinya, Tristan.

Laman web hiburan TMZ melaporkan penyanyi kelahiran Kanada itu menyerahkan sampel DNA di sebuah makmal di New Jersey dan kini tiba giliran Yeater untuk menyerahkan sampel DNA bayinya.

Yeater, 20, yang berasal dari negeri California mendakwa dia hamil setelah menjalin hubungan seks selama 30 saat dengan Bieber di belakang pentas selepas konsert bintang remaja itu diadakan di sini pada tahun lalu.

Laman TMZ turut melaporkan bahawa Bieber tidak akan membincangkan sebarang bayaran nafkah dengan Yeater melainkan bayi tersebut terbukti adalah zuriatnya. Malah, jika keputusan DNA menunjukkan bahawa dia bukan bapa Tristan, Bieber mengancam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Yeater.

Yeater menarik balik samannya terhadap Bieber tetapi penyanyi itu berkeras mahu menjalani ujian DNA bagi menutup kontroversi tersebut buat selama-lamanya.

Pengurus Bieber, Scooter Braun memberitahu media AS baru-baru ini bahawa mereka mahu mengajar Yeater jika terbukti dakwaan wanita itu palsu.

"Kami tidak mahu ada orang lain meniru tindakan Yeater pada masa akan datang. Kami tidak mahu ada orang menganggap tidak mengapa untuk berkata, saya hamilkan anak Bieber atau saya melahirkan anak Bieber," kata Braun.

Thursday, November 3, 2011

Justin Bieber Hamilkan Peminat

apa dah jadi dengan penyanyi lagu baby ni?


jom gelak!!! =p


 


Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.

Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.- mstar

Saturday, January 22, 2011

Justin Bieber - Abang Dia Pun Nak Famous Jugak?


Tergatal jugak tangan ni nak update pasal si mamat yang femes meletop gtu,siapa lagi kalau bukan justin bieber sapa tak kenal kan ( psttt yanmieonline je lah yang tak kenal,terjah entri dia pasal Rupanya jejaka comel itu adalah Justin Bieber) sekarang suarapeople nak kasi abang justin bieber plak yang famous,yea kan takkan nak tengok adik je ;p

jom tengok abang justin bieber yang nak jugak Famous!

Related Posts with Thumbnails