Showing posts with label lady gaga. Show all posts
Showing posts with label lady gaga. Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
Bieber, Lady Gaga Dominasi Anugerah MTV
Anugerah Muzik Eropah MTV menjadi satu sambutan perayaan buat penyanyi remaja, Justin Bieber dan ikon pop, Lady Gaga.
Lady Gaga menggondol empat anugerah berbanding tiga pada tahun lalu.
Dia yang berusia 25 tahun dan berasal dari New York memenangi anugerah penyanyi terbaik wanita, lagu terbaik dan video terbaik menerusi lagu Born This Way dan anugerah peminat teramai.
"Saya mengetahui, lagu itu amat istimewa apabila saya menulisnya dan saya tidak mengetahui bila pertama kali kali saya mula menulisnya," kata Lady Gaga yang sebak kepada penonton di Arena Odyssey di sini kelmarin.
"Ini merupakan sebuah lagu paling penting yang pernah saya tulis dan album single paling penting," tambahnya.
Bieber yang berusia 17 tahun menggondol anugerah persembahan penyanyi pop terbaik dan penyanyi lelaki paling utama.
Labels:
anugerah mtv,
artis antarabangsa,
bieber,
gaga,
justin bieber,
lady gaga,
MTV,
SuaraHiburan
Saturday, January 29, 2011
Penyanyi Berimej Pelik - Lady Gaga Nak Bertunang
LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik ( seksi tak? ke bogel terus? ) tersebut. Lady Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.
Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.
Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Lady Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.
Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum
Subscribe to:
Posts (Atom)