Tuesday, November 8, 2011
Peminat Tak Sengaja Upload Foto Nabila Huda Berbikini
Sebagai selebriti terkenal tanah air, Nabila Huda terkena tempias kritikan apabila seorang peminat secara tak sengaja memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lepas.
Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.
Saturday, September 17, 2011
Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita
Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita
Pakaian ‘Bohemian’ yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakkan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.
“Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.
“Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),
“Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini” ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Lagi Gambar dan Ulasan.
Saturday, February 26, 2011
Peluk Islam Selepas Melawat Taj Mahal - Daphne Iking Berkahwin
Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.
Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.
Saturday, January 29, 2011
Penyanyi Berimej Pelik - Lady Gaga Nak Bertunang
LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik ( seksi tak? ke bogel terus? ) tersebut. Lady Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.
Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.
Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Lady Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.
Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum