Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Buru gol semangat demi maruah, Misi 33


'KAMI akan bangkit.” Itulah kata-kata bersemangat dilaungkan pemain Selangor, Rudie Ramli buat mengapikan semangat rakan sepasukan untuk memadamkan defisit kekalahan 0-2 kepada Terengganu.

Dia menambah: “Selangor masih ada 90 minit untuk membuktikan kemampuan sebenar. Percaya kami ada peluang 50-50 untuk menang dan layak ke final. Saya pasti jurulatih (P Maniam) ada strategi sendiri merencanakan sesuatu.
“Tiada apa yang mustahil untuk menewaskan lawan di tempat mereka kerana itulah yang mereka lakukan sebelum ini di Shah Alam.”

Thursday, October 20, 2011

Irfan bimbang Selangor mampu bangkit kecewakan Terengganu

BAGI Terengganu dan Negeri Sembilan 'Debaran 90 minit' tetap menakutkan dan tidak mahu situasi selesa dinikmati mereka ketika ini diragut lawan masing-masing menjelang saingan separuh akhir kedua, Sabtu ini.

Irfan Bakti jelas belum mahu berseronok dengan modal dua jaringan Abdul Manaf Mamat sebagai jaminan mereka akan layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, sebaliknya akur Selangor akan kembali dengan corak taktikal menyerang di Kuala Terengganu.
Kali terakhir Terengganu layak ke final ialah pada 2001. "Masih ada lagi 90 minit di Kuala Terengganu. Kami akan cuba meraih kemenangan di laman sendiri dan layak ke final. Tapi saya masih menghormati Selangor.
"Mereka pasti akan hadir dengan corak taktikal menyerang. Untuk itu, kita juga akan terus beraksi secara menyerang kerana menyerang itu adalah cara bertahan terbaik," kata jurulatih Terengganu itu, kelmarin.

Pandangan itu turut disokong jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang beranggapan 90 minit lagi bakal menjadi penentuan kemaraan skuad Rusa ke final sambil memberi amaran T Team tidak akan mudah tunduk sekali lagi.
Related Posts with Thumbnails