Showing posts with label suarafilem. Show all posts
Showing posts with label suarafilem. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Filem ‘CEO’ Tiada Kaitan Politik

CEO


Filem ‘CEO’ Tiada Kaitan Politik


KUALA LUMPUR – Penghasilan filem CEO di bawah syarikat penganalisis politik Abdul Razak Baginda iaitu ARAfilm Sdn Bhd tidak akan membawa sebarang mesej berunsurkan politik.

Pengarah filem tersebut, Razaisham Rashid berkata, walaupun Razak merupakan penganalisis politik, plot cerita kisah CEO mengisahkan tentang kehidupan realiti masyarakat pada zaman kini.

“Tidak semestinya orang yang membabitkan diri dengan politik akan membuat filem tentang politik. Macam Razak, syarikatnya hanya melaburkan wang bagi menghasilkan sebuah filem semata-mata.

“Malah idea asal filem ini adalah daripada Razak sendiri. Saya harap tiada pihak yang memandang serong atas pembabitannya dalam industri perfileman tempatan ini,” katanya.

Razaisham ditemui pada majlis pelancaran filem CEO di restoran Bora Ombak di sini pada Selasa bersama-sama dengan barisan pelakonnya iaitu Deanna Yusoff, Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

Abdul Razak sebelum ini pernah dikaitkan mengenai kes kematian pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat iaitu Adam (Remy) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki itu berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca-punca keadaan mereka berubah.

Tambah Razaisham, dia bersyukur kerana memiliki barisan pelakon yang bagus menerajui filem arahannya yang pertama itu.

“Mula-mula risau juga memikirkan bagaimana nak mengarah pelakon-pelakon yang sedia hebat ini. Adakah mereka akan lakukan seperti yang saya inginkan walaupun pertama kali mengarah filem?

“Mujurlah, pada latihan sebelum penggambaran, kami saling memberi kerjasama antara satu sama lain.

“Kami akan menjalani penggambaran selama 25 hari bermula 15 Jun ini. Harap-harap hasil filem ini dapat menarik perhatian ramai Insya-Allah,” katanya.

Selain itu, filem CEO turut membabitkan pelakon Christina Suzanne dan Datuk Jalaluddin Hassan. - mStar Online

Saturday, April 13, 2013

Langgar: Lain dari lain!



Langgar: Lain dari lain!
Antara babak Filem Langgar

AKSI bertumbuk, sepak terajang, pergaduhan menggunakan senjata tajam seperti parang, pisau, pedang dan juga botol pecah berserta botol antara elemen yang menjadi taruhan dalam filem terbaru, Langgar.

Biarpun industri perfileman kini mula dihujani dengan filem berunsur gangsterisme yang meletakkan perebutan kuasa, ketamakan duit sebagai punca kuasa utama penceritaan, namun Langgar diolah berlainan.

Meskipun agak klise dari genre filem, namun Langgar mempunyai ‘sesuatu’ yang harus ditonton oleh peminat filem tempatan yang inginkan sebuah aksi yang lebih realistik dan tidak di buat-buat dan itulah kelebihan filem pertama arahan Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein Ruffedge.

Apatah lagi, barisan pelakon yang mantap seperti Adi Putra, Hans Isaac, Khir Rahman, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimi, dan Natasha Hudson, membantu mencantikkan filem yang berdurasi 95 minit ini.

Tidak hanya mempertaruhkan aksi mantap semata-mata, permainan emosi yang mendalam bagi tunjang utamanya iaitu Adi.

Menyentuh mengenai tindakannya yang menceburi bidang pengarahan selepas pengacaraan dan nyanyian, Sein pengalaman menuntut dalam bidang lakonan dan pengarahan di London School of Film selama dua tahun banyak memberi erti kepadanya.

Tidak menjadikan mana-mana filem sebagai sumber inspirasi utamanya, ujar Sein, setiap lelaki pasti mempunyai filem aksi yang diminatinya.

“Saya memang suka filem aksi. Salah sebuah filem yang saya suka ialah Lock, Stock and Two Smoking Barrels oleh Guy Ritchie. Jadi secara automatik, apa yang diinginkan dalam Langgar sudah bermain dalam filem ini.

“Saya sukakan permainan karakter yang difokuskan Guy Ritchie dalam filem itu,” katanya yang tidak pasti adakah akan mengarahkan filem aksi lagi selepas ini.

Justeru, pada pendapat penulis sendiri, Langgar adalah sebuah karya berbeza yang bukan sahaja memaparkan dunia gangster semata-mata, tapi bagaimana seorang lelaki yang bergelar suami dan bakal bergelar ayah, sanggup mengorbankan kerjaya dan hidupnya demi membalas dendam.


Kolaborasi mantap

Kelebihan utama filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Hadir Dinamik Sdn Bhd ini, adalah tonggak utama yang menjadi nadi dalam menggerakkan jalan cerita.

Adi, Namron, Zulhuzaimy, Khir dan Hans adalah antara individu penting yang sentiasa menimbulkan konflik dan kebencian antara satu sama lain.

Rasa benci, rasa untuk bersaing dan rasa ketamakan meletakkan setiap karakter dalam permasalahan yang tersendiri namun saling berkaitan dengan nafsu dendam Nizam.

Malah setiap karakter yang bermain di layar tidak terlebih atau terkurang sebaliknya Sein garap ke semua watak tersebut dan di susun satu demi satu.

Dalam setiap permainan yang penuh tanda tanya, Sein leraikan satu persatu apabila pergerakan cerita semakin bertemu pada titik penghujungnya.

Namun, bagi menggelakkan penonton sentiasa disumbatkan dengan perjalanan cerita yang berat, Sein meletakkan sedikit dialog serta babak komedi dan individu yang menjadi nadi kepada gelak tawa penonton adalah menerusi aksi bersahaja Khir dan dialog lucu Bell.

Dek kerana diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, nasihat penulis, usah disensasikan babak mesra antara Namron dan Natasha, sebaliknya fikirkan apa kesan yang diterima oleh seorang gadis yang memilih jalan mudah untuk mendapat kewangan dalam kadar segera.


Sinematografi mantap

Satu perkara lagi yang menjadi point kelebihan buat Sein adalah kekemasan setiap sudut angle kamera apatah lagi melibatkan babak aksi.

Kerana babak pertarungan yang melatari segenap perjalanan cerita ini, Sein berjaya meletakkan babak-babak penting tanpa meninggalkan babak yang lain.

Selain itu, sejak babak permulaan lagi, Sein telah berjaya mengikat penonton untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya dan seterusnya sehingga penghujung cerita.

Biarpun sudah dapat mengagak siapakah ‘master mind’ dalam penceritaan ini, namun debaran sepanjang menonton ini tidak ada kurangnya.


Hanya kerana nafsu

Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster.

Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka.

Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.

Justeru, bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita ini dan apa kesudahannya dengan hidup Nizam dan Amanda, jangan lupa saksikan filem hebat ini di pawagam bermula semalam.


Langgar

PENGARAH : Sein Ruffedge
PELAKON : Adi Putra, Hans Isaac, Khir Rahman, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimi, Natasha Hudson, Komeng dan Nadia Heng.
GENRE : Aksi/Drama
DURASI : 95 minit
KLASIFIKASI : 18
TAYANGAN : 11 Apr 2013
KESELURUHAN : * * * * BESTLAH!!!


Saturday, April 6, 2013

Langgar bukan filem aksi kosong



Filem Langgar
Adi Putra memegang watak Nizam dalam Langgar. - Foto ihsan produksi Langgar

SETELAH dua tahun filem Langgar ‘disimpan’, akhirnya hasil sentuhan pertama Syed Hussein atau Sein itu bakal menemui penonton 11 April ini.

Untuk percubaan pertama, hasilnya boleh dibanggakan malah hanya satu babak saja yang dipotong bagi membolehkan filem itu diklasifikasikan sebagai 18.

Menurut penerbitnya, Gayatri Su-Lin Pillai, filem Langgar bukan setakat filem aksi.

“Seperti sebelum ini, Tayangan Unggul tak buat hiburan yang kosong. Setelah meneliti 15 draf skrip, kami yakin dengan jalan ceritanya. Kini, kami gembira dengan hasilnya. Filem ini bukan hanya tentang cerita tipikal gangster.

“Ini boleh dikatakan ‘comeback’ kami untuk filem aksi. Bagi saya, Langgar bukan setakat hanya filem aksi. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang menuntut balas dendam. Tapi ia bukan tentang gengsterisme. Ia tentang hidup seorang lelaki yang dimusnahkan oleh gangster,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menyentuh tentang peluang yang diberikan pihaknya kepada pengarah-pengarah baru termasuk Sein untuk menapak dalam industri, beliau akui ia merupakan matlamat Tayangan Unggul untuk melahirkan pelapis.

“Matlamat kami adalah untuk melahirkan pelapis untuk industri. Untuk pengarah yang pertama kali mengarah, dia memang memenuhi apa yang kami nak.

“Saya puas hati dengan hasil Langgar. Apabila anda menonton, anda tidak akan tahu bahawa dia pengarah yang pertama kali mengarah,” katanya.

Langgar mengisahkan tentang Nizam yang ingin menuntut keadilan atas kematian isteri dan anaknya dalam kandungan yang dibunuh oleh sekumpulan gangster.

Demi membalas dendam, Nizam bertindak menyertai kumpulan gangster bagi mendekatkan diri dengan pembunuh isteri dan anaknya.

Konflik semakin hebat apabila pergaduhan demi pergaduhan berlaku antara gangster-gangster tersebut.

Penceritaan yang tidak meleweh membuatkan penonton tidak bosan malah aksi-aksi yang dipamerkan cukup mendebarkan.

Langgar dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putera, Namron, Hans Isaac, Natasha Hudson, Khir Rahman dan Bell Ngasri.


Wednesday, April 3, 2013

Trailer : “Paku”, Sebuah Filem Seram Adaptasi Kisah Benar

Screen Shot 2013-04-02 at 12.36.02 PM

Bukan sekadar filem seram biasa, menerusi trailer ‘offline’, kami sendiri dapat rasakan filem ini mampu menjadi sebuah lagi filem seram yang bakal menarik ramai penonton ke panggung wayang.

Menggandingkan dua orang pelakon berbakat sebagai suami isteri, Johan A’sari dan juga Aisyah memberikan satu pengalaman baru buat penonton filem seram. Kerana cinta, Fahmi (Johan A’sari) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati.

Melalui ilmu hitam, Riana kembali ke dunia. Namun, adakah dia akan kembali menjadi manusia? Adakah kebahagiaan akan muncul hanya kerana cinta abadi seorang suami terhadap isterinya? Kami sendiri sudah tidak sabar menunggu filem ini ditayangkan di pawagam.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar yang pernah berlaku sebelum ini. Turut sama berlakon dalam filem ini termasuklah, Kamal Adli, Azad Jasmin dan beberapa orang lagi pelakon terkenal.

Apa pun, mari kita tonton trailer ‘offline’ filem Paku selepas ini!

Saturday, February 12, 2011

Sinopsis Filem Sini Ada Hantu


kau percaya hantu tak?hohoo..


jom baca sinopsis filem sini ada hantu :)


macam menarik je kan ;p


nak tengok tapi area suarapeople ni takde wayang la plak.


terpaksa lah tunggu untuk download filem sini ada hantu.


Sinopsis :


Related Posts with Thumbnails