Sunday, September 12, 2010

Marsha: Itu Bukan Kereta Mewah Saya

"Buat masa ini apa yang boleh saya katakan, saya memang sedang menjalinkan hubungan yang istimewa dengan seseorang. Tetapi kalau boleh saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya kerana kami masih dalam proses berkawan.

"Bukannya apa, saya tidak mahu apabila perkara ini selalu diperkatakan dan akhirnya tidak menjadi, tempiasnya akan terpalit kepada saya. Saya juga yang akan menanggung malu.

"Namun saya akui selesa berkawan dengannya dan sehingga kini sudah beberapa bulan perhubungan tersebut terjalin," ujar penyanyi serta pelakon jelita yang semakin meningkat popular, Marsha Milan Londoh atau lebih dikenali sebagai Marsha oleh masyarakat seni.

Marsha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu teman lelakinya dan mereka kini dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta. Lebih menarik lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai 'Mr. Z' itu merupakan seorang usahawan muda yang berjaya serta sahabat baik kepada teman lelaki Fasha Sandha, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

"Mereka memang bersahabat dan saya sendiri pun baru sahaja mengetahuinya apabila terserempak ketika keluar bersama. Saya anggap itu sebagai perkara biasa sahaja," katanya yang dilahirkan pada 6 November 1985 di Berrien Springs, Michigan.

Mengenai gosip yang mengatakan dia kini semakin mewah dengan kereta hebat berwarna jingga, dia segera menafikannya. Katanya kereta tersebut bukan kepunyaannya sebaliknya adalah hak milik teman lelakinya itu.

"Itu bukan kereta saya. Mungkin ada orang yang pernah nampak saya menaiki kereta tersebut lalu membuat andaian ianya kereta saya. Jujur saya katakan, semasa mengenalinya saya langsung tidak tahu mengenai latar belakangnya.

"Saya selesa berkawan dengannya sebab dia seorang yang kelakar dan kami mempunyai banyak persamaan. Kalau ada orang yang cakap saya berkawan kerana harta, itu semua tidak betul," jelasnya yang mula menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut ketika berjumpa di majlis pelancaran Celebriti Kopitiam milik komposer terkenal, Ajai beberapa bulan lalu.

Ditanya mengenai perancangan untuk berumahtangga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Yang Terbaik itu mengakui belum mempunyai perancangan ke arah itu. Katanya tahap perhubungan yang terjalin masih terlalu baru dan dia enggan untuk memasang angan-angan yang terlalu tinggi.

"Perancangan berkahwin atau bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Buat masa ini biarlah kami berkawan dahulu dan apabila tiba masanya sudah pasti saya akan bercerita mengenainya.

"Buat masa ini keluarga kami masing-masing merestui hubungan yang terjalin. Saya pernah ke rumahnya dan dia juga pernah berkunjung ke rumah saya," jelasnya yang mula diberi perhatian apabila muncul sebagai finalis program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketiga.

Sibuk sebagai pelakon

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Marsha mengakui dia kini semakin dikenali sebagai pelakon berbanding penyanyi. Namun dia tidak sekali-kali akan meninggalkan dunia nyanyian kerana itu sudah menjadi minatnya sejak dahulu lagi.

"Buat masa ini saya mahu berjaya di dalam kerjaya seni termasuklah dalam bidang nyanyian dan lakonan. Mengenai album terbaru, saya belum punya perancangan untuk menghasilkan album baru.

"Sebaliknya bakal merakamkan single terbaru, Goodbye yang dihasilkan oleh komposer muda berbakat besar, Arizal Thani. Saya selesa bekerja dengannya kerana dia sangat kreatif dan punya masa depan yang cerah dalam industri seni.

"Mengenai dunia lakonan pula saya sekarang masih sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama dan filem. Terbaru saya akan muncul dengan filem 4 Madu, Hantu Kum Kum dan Mimi Cari Cinta," katanya yang pernah membintangi filem Misi 1511, Saus Kacang, Senario episode 2: Beach Boys dan Magika sebelum ini.

Saturday, September 11, 2010

Ketandusan Pembaris

Oh! Amat kesian cikgu ni....kes tak ada pembaris la ni..ish ish ishhhhhhh

Friday, September 10, 2010

Program Menarik Sempena Raya di TV3

Tidak lengkap rasanya sambutan Aidilfitri tanpa tayangan program-program TV yang hebat untuk ditonton seisi keluarga sambil menikmati juadah hari raya. Syawal kali ini, TV3 akan menyiarkan pelbagai program menarik seperti drama-drama raya, filem-filem, muzikal raya dan pelbagai program raya yang tentunya memeriahkan lagi kehadiran lebaran ini.

Drama-drama Menarik

Hikayat (10 Sept, 10.00 pagi)

Mengisahkan tentang Tok Wan yang selalu berkongsikan kisah di zaman mudanya bersama dua orang cucunya. Apa yang menariknya, segala yang diberitahu Tok Wan benar-benar menjadi realiti!

Pelakon : Harun Salim Bachik, Nor Khiriah, Aida Osman, Maisara, Jalil Hamid, Amy Mastura, Munir dan Arash Mohd

Senario : Ejen 003 (10 Sept, 11.00 malam)

Kisah tiga orang sahabat, Megat, Omar dan Hamdan yang bertugas sebagai penyiasat di bandar. Walaupun mereka tidaklah sehebat Sherlock Holmes dan James Bond, namun nasib sering menyebelahi mereka ketika menyelesaikan kes.

Pelakon : Azlee, Wahid, Mazlan Pet Pet, Bell Ngasri, Saiful Apek dan Sheera Iskandar

Bas Raya (11 Sept, 12.00 tengahari)

Ramadhan pergi, Syawal dinanti. Sidek dan keluarganya terlalu teruja untuk pulang beraya di kampong. Kegembiraan mula dirasai namun ia cuma sementara waktu apabila mereka telah ditipu oleh ulat tiket.

Pelakon : AR Badul, Nabil, Ilya Buang, Sheila Mambo, Achong dan Fahrin Ahmad

Syawal Pertama (13 Sept, 11.00 malam)

Mengisahkan seorang pemuda bernama Syawal yang tinggal bersama ibu bapanya, Pak Hassan dan Kak Tipah. Syawal mengalami kemalangan sewaktu berusia 8 tahun dan doktor memberitahu bahawa otaknya tidak boleh berkembang. Sejak itu dia hanya berkawan dengan budak berusia 8 tahun dan berperangai seperti budak walaupun usianya semakin menginjak dewasa. Pada satu hari, Syawal pergi memancing di tepi sungai namun dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas sedar dari pengsan, sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.

Pelakon : Hairie Othman, Jalil Hamid, Aznah Hamid, Bell Ngasri dan Intan Ladyana.

Skrin Raya TV3

  • Sifu dan Tongga (10 Sept, 2.00 petang)
  • Jangan Pandang Belakang Congkak (10 Sept, 9.00 malam)
  • Senario The Movie Episod 1 (11 Sept, 9.00 malam)
  • Kecoh Betul (12 Sept, 9.00 malam)
  • Momok The Movie (13 Sept, 9.00 malam)
  • Syurga Cinta (14 Sept, 9.00 malam)
  • Susuk (15 Sept, 9.00 malam)
  • Jin Notti (19 Sept, 10.00 malam)
  • Brainscan 21 (21 Sept, 10.00 malam)

Muzikal Raya

Akustika 2010 Raya – 10 September, 6.00 petang

Buat kali keduanya program muzikal ini menemui anda sempena Aidilfitri ini. Mini konsert raya berkonsepkan unplugged ini menampilkan tiga bintang muda yang berbakat iaitu Yuna, Aizat dan Noh diiringi oleh kugiran masing-masing.

Stylistika Siti – 11 September, 5.00 petang

Sebuah program muzikal yang pastinya dinantikan oleh peminat-peminat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Selain mendendangkan lagu-lagu popularnya, Datuk Siti akan berkongsi suka dukanya sepanjang bergelar artis.

Fenomena Faizal Tahir – 11 September, 6.00 petang

Berhibur bersama ‘Superman Malaysia’, Faizal Tahir ditemani rakan dan idola beliau seperti Adibah Nor, M.Nasir dan Lan di dalam sebuah muzikal istimewa berkonsepkan santai dan ‘standing crowd’.

Semuanya Untukmu…Anuar Zain – 12 September, 6.00 petang

Program selama satu jam setengah ini menampilkan penyanyi lelaki popular, Anuar Zain menyampaikan medley lagu-lagu popularnya seperti Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu dan banyak lagi. Nantikan juga segmen khas Anuar berduet bersama kakak kesayangannya, Ziana Zain.

Mentor 4 Raya – 19 September, 9.00 malam

Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod raya kali ini membariskan gandingan sifu dan protégé musim keempat iaitu Mus dan Ayim, Joe Flizzow dan Ila, Mas Idayu dan Shaq, Dayang Nurfaizah dan Adi, Azmeer dan Nani serta Ziana Zain dan Mohd. Saksikan gelagat Dayang dan Adi berdikir barat, Ziana dan Mohd menyanyi rap, Joe dan Ila menari zapin serta banyak lagi gelagat yang menghiburkan.

Program berbentuk majalah dan dokumentari

  • Manikam Kalbu (11 & 12 Sept, 7.30 malam)
  • Salam Mangkassara (13 Sept, 1.00 petang)
  • Da Jia Hao Taiwan (14 Sept, 1.00 petang)
  • Madrasah di Pinggir Syurga (16 Sept, 5.30 petang)

Program-program lain

  • Sampaikan Raya 2010 (9 Sept, 11.30 malam)
  • Saya Terhebat (10 Sept, 4.00 petang)
  • Ewah-Ewah Raya (11 Sept, 4.00 petang)
  • Fuhhh Raya (11 Sept, 11.00 malam)
  • Melodi Raya (12 & 19 Sept, 12.30 tengahari)
  • Sebenarnya…Black (12 Sept, 5.00 petang)
  • Jangan Tidur Lagi Raya (13 Sept, 11.00 malam)
  • Bang Bang Boom Raya (14 Sept, 11.00 malam)

Dam Dam Dum Raya TV9

Kemeriahan sambutan Aidilfitri turut dirai di sebuah lagi stesen televisyen naungan Media Prima Berhad iaitu TV9, Di Hatiku. Sempena Syawal ini, TV9 akan menyiarkan pelbagai program dan rancangan istimewa untuk diraikan bersama penonton setianya.

Berikut merupakan antara drama, filem, program berbentuk majalah, muzikal dan hiburan yang akan disiarkan di TV9 pada lebaran ini.

Program Majalah TV9

1. I-Glam Raya (11 Sept, 11.30 pagi) 2. Legasi Kembara Diraja (12 Sept, 11.30 pagi) 3. Ketupat Rendang Kopi O (10, 11 & 12 Sept, 8.00 pagi)

Sinema Raya TV9

1. Saus Kacang (16 Sept, 10.00 malam)

2. I’m Not Single (17 Sept, 10.00 malam)

3. Jangan Pandang Belakang (18 Sept, 10.00 malam)

4. Chermin (19 Sept, 10.00 malam)

Tele Raya TV9

1. Bicara Dari Tuhan (10 Sept, 12.30 tengahari)

2. Kasih Yang Digamit (11 Sept, 12.30 tengahari)

3. Di Tangga Usang (16 Sept, 12.30 tengahari)

4. Antara Takbir dan Kompang (17 Sept, 12.30 tengahari)

Hiburan TV9

1. Galaksi Aidilfitri (9 Sept, 10.00 malam)

2. Alahai Nak Raya (9 Sept, 11.00 malam)

Muzikal TV9

1. Konsert Di Hati CT (10 Sept, 10.00 pagi)

2. Geng Aizat (11 Sept, 10.00 pagi)

3. Idola Kecil Idola Besar (13, 14 & 15 Sept, 4.00 petang)

4. Konsert Rossa (16 Sept, 4.30 petang)

Variasi Program TV9

1. HipTV Raya (10,11 & 12 Sept, 8.30 malam)

2. Cerita Hantu Malam Raya : Cerita Hantu Perempuan (10, 11 & 12 Sept, 10.00 malam)

3. Perang Lawak (11 & 12 Sept, 9.00 malam)

4. Alahai Fafau Beraya (12 Sept, 10.30 pagi)

Kongsilah kemeriahan sambutan Aidilfitri kali ini dengan seisi keluarga anda sambil menonton rancangan-rancangan menarik hanya di Dam Dam Dum Raya TV9. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.

Related Posts with Thumbnails