Tuesday, November 29, 2011

Anak Lahir Pun Aku Yang Bayar! – Nabila Huda


Nabila Huda yang baru-baru ini kecoh dengan gambar ‘intimnya’ dengan seorang lelaki, hari ni meletup bagaikan Gunung Berapi Krakatoa apabila menghantar beberapa mesej dalam twitternya dipercayai menghentam bekas suaminya sendiri berhubung penjagaan anak mereka

Adalah sukar untuk penulis faham mengapa Nabila sanggup menghebohkan cerita peribadinya pada satu Malaya, namun mengambil kira tekanan yang mungkin dialaminya maka ia tidaklah begitu menghairankan.

Maklumlah, orang dalam keadaan stress dan marah ni kekadang dia boleh buat perkara yang merepek meraban sebegini.

Bagi penulis, Nabila bukanlah jahat cuma sayang banyak tindakannya akhir-akhir ini seolah-olah boleh ‘membunuh’ dirinya sendiri termasuk kariernya sebagai seorang artis.

Bila dah ‘over’ macam ni, silap-silap orang hanya ingat Nabila saja yang bersalah.

Dan kepada bekas suami Nabila sendiri, penulis berharap janganlah memburuk-burukan Nabila melalui media (kalau betul dakwaan tersebut)

C’monlah, Nabila pun ada maruah.

Nabila pun manusia.

Kita mungkin hanya menilai dari segi luaran tetapi kita tak tahu pula dari segi dalamannya.

Penulis bukan mahu membela siapa-siapa dalam hal ini.

Cuma ingatlah, malulah sikit pada masyarakat sebab dulu masa bercinta dan berkahwin kecoh bagai nak rak, sekarang apa sudah jadi?

Yang lebih penting, pandanglah sikit muka anak yang tak bersalah tu…atau macam mana?




anda nilai lah sendiri =)

Monday, November 28, 2011

Apex Cabar Tukang Fitnah Kemuka Bukti!


KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.

Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.

“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.

“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut.


Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.

“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.

“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair.

Sunday, November 27, 2011

Kylie Minogue Tidak Sabar Punya Anak Sendiri


PENYANYI Kylie Minogue, 43, (gambar) tidak sabar untuk mempunyai anak setelah sering mengasuh anak saudaranya.

Dalam masa yang sama Minogue akui menjadi semakin murung ketika mengasuh anak saudaranya kerana menganggap dia mungkin tidak akan menjadi seorang ibu.

"Saya suka kanak-kanak. Tetapi kamu mungkin tidak boleh menjentikkan jari kamu kepada kanak-kanak. Memang akan sangat hebat jika hal itu terjadi kerana ia tidak langsung berlaku kepada saya.

"Ini kerana ketiga-tiga anak saudara saya akan dahagakan kasih sayang daripada saya," katanya seperti yang dipetik dari ShowbizSpy.

Sementara itu, baru-baru ini, Minogue baru sahaja menolak tawaran jutaan dolar untuk menjadi juri program The Voice.

Alasannya, jumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak penerbit program itu tidak memenuhi keinginannya.

"Ada sebuah tawaran tetapi angka bayaran yang ditawarkan tidak seperti yang sepatutnya," kata Minogue lagi.

(Lirik Dan Video) Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia


Projek Pistol yang disertai oleh Edrie Hashim (Gitar), Boy (Vokalis), Pa'e (Drum), dan Zam (Bass) adalah nama-nama yang tidak asing dalam industri muzik tempatan dan mereka baru menghasilkan album sulung mereka iaitu Stereo Amanda pada 26 Jun lalu.




Lirik Lagu Wanita Seluruh Dunia

Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..

Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..

Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..

Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..

Projek Pistol Terkejut Dapat Markah Tertinggi Top 5 Ke AJL 26



SHAH ALAM: Kumpulan Projek Pistol yang mencalonkan lagu Wanita Seluruh Dunia di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu kedua terkejut apabila lagu tersebut mendapat markah tertinggi antara lima lagu yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Menurut vokalisnya merangkap komposer dan penulis lirik lagu tersebut, Boy Clifford, mereka seperti kebingungan apabila diumumkan sebagai calon ‘top 5’ oleh pengacaranya, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

“Mungkin tersilap dengar apabila mengatakan kami mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun kami tetap bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lagu ini.

“Pada mulanya memang kami mengharapkan agar lagu ini berjaya layak ke AJL 26 dan sebab itu kami membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh seperti berada di peringkat akhir.

“Boleh dikatakan kami kerap berlatih sepanjang dua bulan ini,” kata Boy dalam satu temubual selepas program tersebut berakhir.

Sama seperti Boy, pemain gitarnya, pemuzik dan komposer Edrie Hashim juga berasa bertuah apabila buat pertama kalinya membuat persembahan di AJL 26.

“Jika dulu, saya selalu gubah lagu untuk orang tetapi kali ini pertama kali saya membuat persembahan untuk AJL,” kata Edrie.

Selain Projek Pistol, empat lagi peserta yang dijangka bertanding di AJL 26 adalah Hazama menerusi lagu Cinta Teragung hasil ciptaan Kuncidemak, Aizat (Sungai Lui/ Aizat / Anas), Najwa Latif (Cinta Muka Buku/ Najwa Latif / Ika Latif) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda/ Monoloque).

Sementara peserta lain yang terpilih juga tidak menyangka dengan kelayakan itu sebaliknya menganggap peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir itu sebagai medan untuk membuat persembahan semata-mata.

“Sebelum ini saya hanya mencipta lagu ini dengan kakak saya sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka tercalon untuk Muzik Muzik 26.

“Apabila sampai ke tahap seperti ini, saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan yang terbaik. Jika layak ke peringkat akhir, alhamdulillah,” kata Najwa.

Bagaimanapun kelima-lima peserta top 5 itu agak terkilan apabila lagu Pokok ciptaan Taja dan Tun Teja yang dinyanyikan oleh Nubhan gagal terpilih.

“Walaupun saya tidak menyanyikan lagu Pokok, tetapi saya tetap berharap lagu itu terpilih ke AJL 26,” kata Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Kurnia nyanyian Mizz Nina & Noh Hujan ciptaan Noh Hujan, Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tomok) dan Ilusi (Adira/ Audi Mok).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Azhar Borhan selaku ketua juri.


Kareena Kapoor Dinobat Wanita Asia Paling Seksi



SETELAH bersaing sengit dengan Katrina Kaif dan beberapa artis Bollywood lain, akhirnya Kareena Kapoor (gambar) dinobatkan Wanita Asia Paling Seksi oleh majalah Eastern Eye!

Dari sepuluh wanita yang dinobatkan, Kareena berjaya meraih kedudukan teratas.

Eastern Eye adalah majalah mingguan Britain yang mengambil data dari berbagai laman sesawang di Internet.

Berdasarkan kajian tersebut, nama Kareena diletakkan sebagai artis wanita teratas yang paling diminati oleh pengguna laman sesawang-laman sesawang tersebut.

Dalam pada itu, menurut apunkachoice, saingan rapat Kareena, iaitu Katrina Kaif mendapat tempat kedua manakala Priyanka Chopra, Bipasha Basu dan Freida Pinto masing-masing mendapat tempat ketiga, keempat dan kelima.

Sementara tangga keenam dan ketujuh menjadi milik Aishwarya Rai dan Deepika Padukone manakala tangga kelapan diberikan kepada artis berasal dari pakistan bernama Humaima Malik.

Tangga kesembilan dan ke-10 kembali menjadi milik artis dari India iaitu Sonam Kapoor dan Noureen DeWulf.

[GAMBAR] Terbaru Diana Amir


Makin cantik artis kita nih sorang, tahniah kerana masih lagi kekal bertudung…:)



Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir


Diana Amir

Saturday, November 26, 2011

MLM: Kumpulan Hiro Tersingkir Minggu Ke Lima



SHAH ALAM: Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

Pada konsert minngu ke lima itu, para peserta telah diberi tema bertajuk Purba Kala.

Dalam pada itu, persembahan pada malam itu diungguli oleh kumpulan Boboi (34 peratus), 3G (56 peratus), Pimai (56 peratus), Osbon (52 peratus), Syok (45 peratus), Bawel (45 peratus) dan Bawal Power (42 peratus).

Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkata persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Ujar Chef Wan, peserta terlalu banyak menumpukan pada kostum dan persembahan tanpa menitikberatkan soal pengisian lawak yang ingin disampaikan.

"Isi cerita adalah penting dan malangnya semua peserta pada malam ini terlalu menumpukan pada konsep dan kostum," ujarnya.

Neelofa Terima Tawaran Tanpa Henti Sejak "Azura"



Satu per satu tawaran filem yang diterima oleh pelakon baru, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), 22, (gambar) selepas dia membintangi filem Azura.

Selepas pertama kali ditawar berlakon dalam filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon filem kelima.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang tidak henti-henti. Namun dalam masa yang sama, saya rasa tidak pelik jika berlakon banyak filem kerana orang lain juga dapat melakukan perkara yang sama seperti saya.

“Dengan lambakan pelakon yang ada sekarang, saya rasa tidak salah untuk mencuba peluang dan rezeki yang datang,” katanya.

Tambahnya: “Saya berterima kasih kepada Abang Aziz M Osman yang mana selepas saya berlakon filem Azura, banyak tawaran yang saya perolehi selepas itu.”

Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan depan.

Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.

Menyentuh tentang filem Taiko, Neelofa akui filem tersebut telah memenuhi impiannya untuk melakonkan babak aksi.

“Sementara menunggu tawaran filem seterusnya, saya ada berangan-angan untuk melakonkan babak aksi. Kebetulan mendapat tawaran filem Taiko, saya anggap ia sebagai suatu bonus.

“Kemungkinan saya akan menyanyi sedikit dalam lagu tema filem ini. Nasib baiklah saya pernah menghadiri kelas vokal pada tahun lepas. Sekurang-kurangnya saya boleh praktikkan apa yang dipelajari sebelum ini sebagai persediaan,” ujarnya.

Beralih kepada topik nyanyian, pelakon drama Kitab Cinta, Tahajjud Cinta dan Jiwa Lara ini akui tidak minat untuk bergelar penyanyi dan kelas vokal yang dihadirinya sebelum ini sekadar suka-suka.

Sebagai persediaan untuk Taiko, Neelofa juga mengaku ramai yang tidak tahu dia merupakan seorang yang lasak dan aktif bersukan serta pernah menyertai sukan tinju sejak tahun lalu, gimrama, tenis dan lompat jauh sewaktu di sekolah.

Selain itu, dia juga bakal sibuk dengan penggambaran program Nona mulai akhir bulan ini dan menjalani penggambaran di Lombok dan Bali, Indonesia.

Bintang-Bintang Korea Bakal Gamatkan MAMA


2Ne1


PETALING JAYA: Majlis malam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 yang akan berlangsung pada 29 November ini di Stadium Tertutup Singapura bakal diserikan dengan kemunculan khas bintang-bintang popular Korea.

Antara artis Korea yang akan hadir ialah 2NE1, Girls’ Generation YB dan Dynamic Duo dimana akan membuat persembahan nyanyian sekali gus berkongsi pentas dengan penyanyi antarabangsa, will.i.am dan apl.de.ap daripada kumpulan Black Eyed Peace.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, anugerah berprestij itu akan bersiaran secara tertunda di 8TV.


Girls Generation


"Pihak kami amat berbangga kerana dapat menyiarkan anugerah yang berprestij ini.

"Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan dan informasi yang terbaik untuk penonton-penonton berbangsa Cina memandangkan stesen ini merupakan stesen Cina utama negara” katanya.

Antara barisan selebriti yang akan menyerikan majlis tersebut termasuklah Lee Byung Hun dan Song Seung Heon.


Will.i.am


Disamping itu, Song Joong Gi dari drama TV popular ‘Sungkyungwan Scandal’ akan turut menyerikan majlis.

Selain itu, Park Shi Hoo, Ji Sung, Go Soo dan Kim Soo Hyun, Bae Soo Bin, Nam Gyu Ri, Yoon Seung Ah, Kim Sung Soo dan Oh Ji Ho adalah antara bintang-bintang Korea yang bakal menambahkan nilai hiburan acara penuh prestij ini.

Bintang veteran Hallyu, Kim Hee Sun, Korean Barbie Doll, Han Chae Young, bersama dengan Yoon Eun Hye, Han Hyo Joo dan Kim Min Hee bakal memukau peminat-peminat K-pop.

Anugerah yang dibawakan secara eksklusif oleh 8TV itu akan disiarkan pada pukul 9.30 malam.

Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran tersebut, layari www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Surat Penjelasan Ernst & Young Kepada RIM Berkaitan Penarikan Trofi Yuna


Berikut adalah surat penjelasan daripada syarikat audit Ernst & Young kepada RIM berkaitan penarikan semula trofi kemenangan Yuna di AIM 18.
Kandungan surat turut menyebut bahawa pemenang bagi kategori Lagu Terbaik sewajarnya merupakan pemenang daripada 4 sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Nasyid Terbaik.

 

Ustazah Pilihan : Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir


Empat peserta Ustazah Pilihan (dari kiri) Siti, Firuz, Hidaya dan Fira yang bersaing di peringkat separuh akhir diumumkan layak ke pentas akhir pada 1 Disember depan. - Foto ihsan Astro


KUALA LUMPUR: Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).

Fira berkata suasana sebak menyelubungi pengumuman keputusan itu kerana pada awalnya mereka difahamkan bahawa hanya tiga finalis sahaja yang akan mara ke peringkat akhir.

“Pada awalnya, kami difahamkan hanya tiga finalis saja yang akan dipilih ke pentas akhir. Saya tidak sangka kami semua akan mara,” katanya yang ditemui selepas program itu.

Siti pula berkata keputusan itu adalah satu kejutan termanis buatnya kerana selama bersaing dalam UP, dia adalah satu-satunya peserta yang kurang cemerlang berbanding yang lain.

“Sejujurnya saya memang bersedia untuk menerima sebarang keputusan. Saya sedar prestasi diri tidak sebaik yang lain.

"Namun, ia tidak pernah membuatkan saya mengalah untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada. Saya bersyukur di atas peluang yang diberikan ini,” katanya.



Empat finalis menjadi beremosi apabila diumumkan mara ke pentas akhir.

Dalam pada itu, mudirah (pengetua) program itu, Dr Robiah K. Hamzah berkata prestasi terbaik yang ditunjukkan keempat-empat peserta khususnya dalam segmen terakhir iaitu Raudhah adalah persembahan terbaik mereka sepanjang program itu berlangsung.

“Kejutan dan gimik pihak penerbitan yang memberikan peluang kepada empat finalis untuk mara berbanding tiga finalis seperti yang difahamkan sejak awal adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Mungkin sebab itu, kami berasa sebak dan tidak dapat mengawal emosi sehingga menangis. Jika mengikut prestasi dan kesungguhan masing-masing, mereka berempat terutamanya Siti memang berhak ke pentas akhir,” katanya.

Minggu separuh akhir (minggu kelapan) UP, malam Khamis, menyaksikan empat peserta ini telah diberikan tugas untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien bersama Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku).

Dengan judul tugasan Rawatan Islam alternatif kepada Rawatan secara Sains, mereka ke sana untuk mengetahui perubatan Islam secara lebih mendalam.

Seperti biasa, usaha-usaha peserta ini dihujahkan dan dibentangkan dengan bimbingan Dr Robiah K. Hamzah dan dua mursyidah Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106).

Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani.

Friday, November 25, 2011

Noraniza Idris Akui Rezeki Lebih Murah Selepas Berkahwin


Penyanyi lagu berentak etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, mengakui rezekinya semakin bertambah sejak berkahwin dengan Jeffri Hudi, 52, seorang bilal sebuah masjid di Singapura pada September lalu.

Noraniza berkata, suaminya banyak membantu menguruskan kerjaya seninya selain sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepadanya.

"Alhamdulilah rezeki selepas berkahwin semakin murah dan jelas. Suami juga banyak membantu dalam mengaturkan kerjaya seni supaya lebih teratur," ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dikir Puteri itu ditemui pada sidang media program Santai Primadona Noraniza Idris 2012 di Restoran Seri Melayu disini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Noraniza memberitahu dia bakal melancarkan single terbarunya bersama peminat pada 25 Disember depan di Hotel MSuite Johor Bahru.

Noraniza berkata, lagu Dekatlah Padaku nyanyian asal Datuk Sharifah Aini itu akan dimuatkan dalam album penuhnya berjudul Primadona dan akan dipasarkan pada Mei tahun hadapan.

"Single itu nanti akan dilancarkan bersama peminat-peminat Kak Ani yang datang ke Hotel MSuite iaitu menerusi program Santai Primadona Noraniza Idris.

"Jelajah ini juga adalah untuk mempopularkan kembali lagu-lagu dari era 70-an selain menghargai jasa dan pengorbanan biduanita negara yang pernah mengharumkan industri muzik," ujarya.

Ujarnya, selain lagu daripada Sharifah Aini, dia bakal merakamkan lagu-lagu popular daripada Allahyarham Rafeah Buang dan Sanisah Huri untuk album terbaru itu nanti.

Tambah Noraniza, suaminya banyak membantu dalam pemilihan enam buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut seperti Pengorbanan, Perpisahan dan Sejak Ku Bertemu Pada Mu dan lain-lain.

Sementara itu, bercakap mengenai program Santai Primadona Di Hotel MSuite, Noraniza berkata, ia adalah kerjasama syarikatnya iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPV), A&A World Vacation Sdn. Bhd. dan Fontana Cafe & Catering.

Ujarnya, acara itu telah lama dirancang iaitu sejak tahun 2008 tetapi hanya pada Disember depan ia dapat dilaksanakan.

"Ia bukan sekadar untuk melancarkan single terbaru saya tetapi juga untuk mempromosikan pelancongan Malaysia melalui seni dan budaya terutamanya kepada pelancong di Singapura.

"Disini pihak A&A World Vacation akan memainkan peranan yang akan menyediakan pakej percutian istimewa dengan aktiviti terancang pada program itu nanti.

"Manakala Fontana Cafe & catering akan menyediakan makanan istimewa kepada semua pengunjung dengan pelbagai aktiviti disediakan," katanya.

Noraniza berkata, pakej percutian itu menawarkan harga serendah RM200 (dewasa)dan RM99 (kanak-kanak dibawah 12 tahun) dengan tempat terhad untuk 350 orang sahaja.

Tambahnya, sesiapa yang ingin menyertai program atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03- 5621 2648 (Kuala Lumpur) atau 07 - 5569 276.

Empat Artis Rock Bakal Gegar Konsert Loudspeaker


 

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan juga pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd bakal menganjurkan konsert sulung mereka iaitu Konsert Loudspeaker pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka.

Syarikat yang diusahakan Muhd Idi Iskandar Abu Zahar bersama adiknya yang juga pelakon popular, Dira Abu Zahar ini mempertaruhkan empat ikon muzik berpaksikan rock iaitu kumpulan otai Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter.

Dengan pengaruh, kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan empat entiti seni itu, konsert berskala besar selama tiga jam ini dijangka mampu memanaskan lagi momentum tahun 2011 yang bakal berlabuh tidak lama lagi.

Jika sebelum ini syarikat yang turut memiliki kedai menjual motosikal berkuasa tinggi dan mempunyai majalah permotoran, My Chopperz Magazine ini sering bekerjasama sebagai penaja bagi sesebuah acara, konsert ini dilihat bakal menjadi percaturan dan penanda aras baru buat mereka.

Menurut Dira yang baru saja bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November lalu, Loudspeaker disifatkan sebagai satu langkah baru buat Red Garage yang ingin mengukuhkan kredibiliti dalam pengurusan acara sekali gus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.

“Kita mahu mewujudkan mekanisme baru dengan meletakkan dunia permotoran dan hiburan berjalan seiring. Malah tidak dapat dinafikan hiburan begitu dekat dengan manusia dan masyarakat kita khususnya.

“Meletakkan empat penyanyi hebat ini sendiri boleh dianggap sebagai umpan terbaik untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert ini. Tambah pula kita mengenakan harga yang boleh dianggap berpatutan,” katanya yang memikul tanggung jawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.

Dalam pada itu, sebagai tanda mengalu-alukan kemunculan Loudspeaker, acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 pada 23 dan 24 Disember iaitu dua hari sebelum berlangsungnya konsert kemuncak yang dinanti-nantikan ramai itu.

KLBW 2011 mengambil lokasi di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. KLBW menjadi kesinambungan tahun sebelumnya yang dimulakan sejak 2008.

“Alhamdulillah saban tahun jumlah penyertaan dari penunggang motosikal dan kehadiran orang ramai untuk menyaksikan acara ini sangat menggalakkan. Bayangkan sejak 2008, kita meraih jumlah seramai 8,000 orang dan meningkat tahun lalu seramai 25,000 orang.

“Sesuatu yang cukup membanggakan juga, acara ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakan media, penaja dan stesen TV. Kami amat berterima kasih dan harapnya hal yang sama akan terjalin kali ini. KLBW dalam erti kata lain juga menjadi ruang untuk mempromosikan dunia permotoran dan sektor pelancongan dalam skala yang lebih meluas,” kata Idi.

Tambahnya, KLBW secara khususnya memberi sasaran kepada semua penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi dari serata dunia dengan menyaksikan Malaysia mewakili rantau Asia Tenggara.

“Kali ini, kami begitu positif meletakkan sasaran seramai 150,000 orang untuk sama-sama menyaksikan KLBW 2011. Pihak kami juga akan membuka gerai jualan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), gerai pameran, pameran seni lukis dan grafiti,pameran motor unik dan persembahan pentas," ujar Idi lagi.

Red Garage Group Sdn Bhd pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble pada tahun laluSyarikat ini beroperasi secara rasmi di alamat Block K-02-09, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Tempahan tiket konsert yang berharga RM77 dan RM222 itu boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau di talian, 03 7725 1177.

Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook, www.facebook.com/redgaragemalaysia.

Along Raja Lawak Kongsi Pengalaman Isteri Bersalin


Pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak mengakui lebih menghargai pengorbanan seorang wanita selepas melihat penderitaan isterinya, Zila AF4 melahirkan anak sulong pada 12 November lalu.

Kata Along, pengalaman tersebut telah menginsafkan dirinya untuk menjadi seorang anak dan suami yang lebih baik.

"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu.

"Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidak pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu.

"Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut," katanya ketika ditemui di sidang media, Anugerah Bintang popular, di sini, Rabu.

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2 petang dengan berat 2.5 kilogram.

Bayi yang diberi nama Ahmad Danial itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Bangi.

Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.

"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.

"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.

Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.

Chef Wan Taja Majlis Perkahwinan Dan Berbulan Madu Chef Riz


Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).

Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan.

"Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya.

"Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang," ujarnya menerusi status tersebut.



Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang.

"Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka," ujarnya.

Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut'



Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.

"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.

Zizan Raja Lawak Akan Tinggalkan Melodi TV3


Zizan Raja Lawak akan tinggalkan rancangan Melodi TV3 dan letak jawatan jadi pengacara Melodi setelah mendapat tawaran dari pihak Astro. Tawaran Astro ni agak hebat juga sebab Astro menawarkan Zizan untuk jadi wajah ekslusif Astro. Sememangnya tawaran ni memang susah nak dapat dan memandangkan Zizan mempunyai daya tarikan dan peminat yang ramai, dia layak untuk itu.

 


“Ya, memang benar saya ditawarkan oleh pihak Astro tapi saya belum tahu lagi apa yang mereka nak. Setakat ini saya masih tak tandatangani apa-apa kontrak lagi. Apa yang saya tahu, mereka menawarkan saya untuk menjadi wajah eksklusif Astro Warna,” ujar Zizan dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di lokasi penggambaran Mael Lambung di Pusat sains Negara, Bukit Kiara.

Menurut Zizan sendiri, semuanya masih lagi dalam perbincangan sama ada dia akan tinggalkan Melodi ataupun tidak. Jika tawaran Astro benar-benar mematuhi cita rasanya, berkemungkinan besar Zizan akan meninggalkan Melodi.

sumber : melvister.com

Cerita jerung Harith Iskander



Pengacara dan pelawak terkenal Harith Iskander Musa atau dikenali sebagai Harith Iskander mengakui dia begitu takut kepada jerung dan tidak berani mandi manda di pantai sehingga usianya remaja.

Namun begitu, kata Harith dia sangat berminat untuk mengenali dan mendekati haiwan itu.

Ternyata minatnya terhadap jerung menjadi titik tolak kepada pelantikan sebagai Ketua Pegawai Ikan Jerung (CSO) Asia Tenggara sempena Minggu Ikan Jerung, di saluran Discovery Channel (Astro 551), baru-baru ini.

Minggu Ikan Jerung adalah usaha tahunan Discovery Channel dalam menerapkan kesedaran kepada penonton mengenai proses pemuliharaan ikan jerung.

Tujuh dokumentari ditayangkan sepanjang minggu ini bermula 21 November lalu sehingga 27 November ini pukul 10 malam.

Tujuh dokumentari itu adalah Jaws Comes Home: Return of the Great Whites, Summer of the Shark 2, Rogue Sharks, How Sharks Hunt, Great White Appetite, Great White Invasion dan Killer Sharks: The Attacks of Black December.

Menurut Harith, ia merupakan kali pertama Discovery Channel Asia melantik seorang CSO bagi rantau ini.

"Discovery Channel di Amerika Syarikat telah melantik CSO sejak 2004, dan tahun ini jawatan itu disandang bintang rancangan komedi spontan, Saturday Night Live, Andy Samberg.

"Sebagai CSO, tugas Harith termasuk muncul dalam beberapa trailer promosi dan iklan menjelang Minggu Ikan Jerung," jelasnya kepada Kosmo! selepas sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biarpun teruja, kata Harith, dia rasa agak gementar memandangkan ini kali pertama Discovery Channel Asia menggunakan konsep CSO ini.

Katanya, dia akan cuba menambahkan unsur-unsur lawak dalam skrip yang diberikan agar penonton terhibur.

"Ia merupakan pengiktirafan dalam karier saya kerana program ini akan disiarkan menerusi saluran Discovery Channel dan bakal ditonton di Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

"Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada saya untuk dikenali di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Dalam pada itu figura ini menegaskan dia kini sibuk dengan beberapa projek lain.

Ujar Harith, dia baru sahaja menyiapkan skrip filem dan beberapa naskhah muzikal seperti Lat Budak Kampung the Musical, yang bakal dipentaskan tahun depan.

Berita gembira juga buat Harith apabila dia bakal menjadi bapa buat kali pertama tahun hadapan.

"Isteri saya sudah hamil dan saya bakal bergelar bapa pada tahun 2012 nanti," ujarnya

Menurut Harith lagi, isterinya sangat suka dengan nama Iskander dan berharap untuk menurunkannya kepada anak mereka nanti.

"Isteri saya suka sangat dengan nama Iskander, dan dia begitu berharap mahu meletakkan nama itu kepada bakal anak kami itu," ujarnya dalam senyuman.

Harith,45, mengahwini doktor dan model sambilan, Jezamine Lim, 28, pada Jun tahun lepas.

Thursday, November 24, 2011

Justin Bieber Mahu Tumbuhkan Misai?


Bintang pop remaja ini benar-benar sudah terlupa yang dia masih remaja, 17 tahun dan masih belum cukup umur jika di Malaysia. Terbaru, Justin memberitahu bahawa dia mahu punyai misai sendiri supaya dapat menyertai kempen hindari kanser prostat (Movember).

Untuk yang tidak tahu, sebagai salah satu cara menunjukkan bahawa anda menyokong kempen hindari kanser prostat, biarkan sahaja misai anda tumbuh tanpa perlu dicukur pada bulan November ini.

Namun tidak bagi Justin Bieber yang popular dengan lagu “Mistletoe” ini, dia cuba menumbuhkan misainya hanya dengan keputusan yang mengecewakan. Umurnya yang terlalu muda tidak membenarkan hormon dia untuk berkembang lebih pesat.

Dia juga turut memberitahu, “Sudah Movember, misai saya sudah mula tumbuh. Ada sedikit (rambut muka), tetapi hanya pada bahagian atas bibir. Tapi saya masih mempunyai suara yang tinggi.”

Imam Muda Asyraf Umum Nama Anak Selepas 7 Hari


PETALING JAYA: Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.

Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.

“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua pada esok (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf.


Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Asyraf berkahwin dengan Nurhusna hampir dua tahun.

Maya Karin Kecil Hati Dibandingkan Dengan Lisa Surihani


Kasihan melihat wanita jelita ini. Meskipun dikurniakan rupa paras nan jelita namun hakikatnya dirinya saban malam berteman dengan air mata. Kenaifannnya menjadi musuh diri sendiri sehinggakan dia dijual kepada seorang tauke kelab malam dek kesempitan hidup. Semua itulah yang dilalui oleh aktres berdarah kacukan Melayu-Jerman bagi menghidupkan watak Izzah menerusi filiem bikinan terbaru Osman Ali, ‘Ombak Rindu’.

Menyaksikan sendiri lakonan Maya sebagai Izzah sempena tayangan media filem ‘Ombak Rindu’ terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) semalam (Selasa), Maya nyata menjiwai watak Izzah cemerlang sekali mengenepikan sisi cantik dan glamor dirinya sehingga sampai satu tahap, seolah-olah kita menyaksikan ‘Izzah’ bukan Maya Karin.

Ini jelas menunjukkan begitu terkesannya lakonan Maya dan lebih manis lagi, kejayaan dalam menghidupkan watak ini bermakna misi Maya membuktikan dia sememangnya orang yang tepat melakonkan watak Izzah.

“Perasaan saya berdebar dan teruja menanti filem ini ditayangkan. Kerana sebelum saya memulakan penggambaran filem ini kira-kira setengah tahun yang lalu, saya ada mendengar ada beberapa pihak yang mempersoalkan kredibiliti saya untuk membawa watak Izzah. Mereka menganggap watak Izzah ini lebih sesuai dibawakan oleh pelakon yang memegang watak model dan pelakon terkenal, ‘Mila Amylia’ dalam filem ini, iaitu Lisa Surihani.

Maya menjadikan kritikan dan pandangan pihak tersebut sebagai satu cabaran pada dirinya untuk melakonkankan watak Izzah sebaik mungkin sekaligus membuktikan bahawa percaturan pengarah ‘Cun’ memilihnya sebagai teraju utama sebagi satu pilhan tepat.

Bercerita mengenai filem adaptasi naskah novel karma Fauziah Ashari ini pula, Maya mengakui dia amat tertarik dengan novel tersebut ketika dalam proses mempelajari Bahasa Melayu tujuh tahun lalu dan menyifatkan ‘Ombak Rindu’ sebagai naskah yang sangat bagus.

Maya turut berpesan agar peminat novel tersebut tidak perlu gusar dengan susur cerita filem ini, kerana Osman nyata sensitif dalam pengolahan cerita dan sama sekali tidak merosakkan intipati asal buku tersebut.
“Sebagai pelakon apalagi memegang watak penting dalam filem ini, sudah pasti saya akan melakukan sebaik mungkin agar tidak menghampakan penonton lebih-lebih lagi peminat novel ini sebaik ia ditayangkan nanti,” jelas Maya yang turut mengakui masih belum memikirkan soal mencari pengganti baru sebagai teman hidup.

Bakal menjengah pawagam pada 1 Disember nanti, ‘Ombak Rindu’ dibarisi barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae, Nadiya Nisaa serta ramai lagi.

“Hati Saya Belum Ada Taman, Belum Tumbuh Lagi…” – Elfira Loy


“Hati saya belum ada taman lagi, belum tumbuh lagi,” begitulah yang diungkapkan oleh Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama ‘Kum Kum’ di Anugerah Skrin 2011, Elfira Loy ketika ditanya sama ada hati gadis berusia 17 tahun ini sudah dimiliki atau belum.

“Kalau pasal teman lelaki, buat masa ini saya masih belum ada sesiapa yang istimewa. Tapi kalau kawan memang ramai,” ujarnya Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran program ‘Travelog AirAsia’ di Bangsar Village, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada dia mempunyai masalah bergaul dengan rakan-rakan di sekolah memandangkan statusnya sekarang ini sebagai pelakon muda meningkat popular, Elfira menyatakan tiada isu memilih kawan kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dengan sesiapapun.
“Saya berkawan dan dikenali dengan hampir semua orang di sekolah sebelum saya dikenali sebagai artis lagi. Mungkin disebabkan saya adalah atlet di sekolah dan itu yang membuatkan saya dikenali dan mudah bergaul dengan sesiapapun.”

Mengimbau semula detik kemenangannya merangkul anugerah Pelakon pembantu Terbaik Drama, gadis yang ketika ini sedang menduduki Sijil Peperiksaan Menengah (SPM) mengakui masih terkejut dengan kemenangan tersebut memandangkan dia langsung tidak tahu dirinya tercalon.

“Saya tidak dapat hadir malam anugerah itu kerana sedang mengulangkaji pelajaran untuk SPM. Lagipun saya dapat surat jemputan ke anugerah tersebut empat hari sebelum ia berlangsung, jadi memang tidak buat apa-apa persiapan langsung,”

“Masa diumumkan sebagai pemenang, saya langsung tidak tahu menahu sehinggalah saya perasan handphone saya tak henti berbunyi membuatkan saya sendiri naik hairan. Bila saya periksa handphone, baru tahu yang saya dah menang anugerah,” jelas Elfira lagi.

Tambah Elfira lagi, kemenangan yang diraih tidak sedikitpun membuatnya naik kepala malah menganggap perlu banyak ilmu lakonan yang harus dipelajarinya.

Tidak seperti segelintir artis yang mulai selektif dalam pemilihan naskah demi menjaga mutu dan kelas lakonan, Elfira sebaliknya pula tidak meletakkan sebarang standard untuk dirinya dalam memilih projek drama mahupun filem.

“Saya ini seorang yang sempoi, apa-apa tawaran drama atau filem saya terima, redah saja. Tak nak pilih-pilih naskah kerana saya percaya kehebatan sesebuah drama atau filem bukan terletak pada naskah, yang penting kredibiliti pelakon itu dalam menghidupkan watak dalam sesebuah cerita,” katanya lagi.

Selepas selesai peperiksaan SPM nanti, Elfira akan menjalani penggambaran untuk musim terbaru siri Disney Channel Asia, ‘Waktu Rehat’ selain bakal menjalani penggambaran telefilem arahan michael Ang bertajuk ‘Biar mimpi Sampai Ke Bintang’ bergandingan dengan aktor pujaan dari seberang, Randy Pangalila yang akan ditayangkan di Astro Ria.

Aaron Aziz Akui Banyak Menangis Dalam 'Ombak Rindu'


KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Aaron Aziz mengakui banyak mengalirkan air mata ketika berlakon dalam filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu.

Aaron berkata, watak Haris yang memerlukannya bermain dengan pelbagai emosi menyebabkan dia mudah mengalirkan air mata.

"Sejujurnya Ombak Rindu adalah filem yang paling banyak saya mengalirkan air mata dan sebenarnya tidak sukar untuk menangis kerana pengalaman berlakon dalam pelbagai watak sebelum ini banyak membantu.

"Peminat juga kalau hendak tengok sisi lain saya perlu menonton filem ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia tidak membaca novel berkenaan sebelum memulakan penggambaran kerana tidak mahu terkeliru dengan versi hasil tulisan Fauziah Ashari itu dan skrip yang diterima.

Ujarnya, dia membina watak Haris dengan memberi penumpuan pada skrip yang diberikan oleh pengarah untuk menjayakan watak itu.

"Saya langsung tidak membaca novel itu kerana tidak mahu terkeliru dengan skrip yang diberikan.

"Adalah lebih baik saya tumpukan pada skrip sahaja," ujarnya.

Selain Aaron, Ombak Rindu turut dilakonkan oleh Maya Karin, Lisa Surihan dan Bront Paralel dan akan ditayangkan bermula pada 1 Disember depan.

Trofi Kemenangan Yuna Untuk Lagu ‘Penakut’ Ditarik Balik


Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 telah menutup tirainya. Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik telah menjadi kontroversi, apabila topik kemenangan lagu Penakut semakin hangat diperkatakan peminat, terutama di internet.

Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada AIM lalu itu khabarnya akandi tarik balik. Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

Khabar itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya, Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.

Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid).

Tidak mengapalah, mungkin sehari dua ini, akan ada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak penganjur. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti. Dalam hal ini, Yuna yang sememangnya nampak terkejut ketika diumumkan pemenang pada malam itu memang tidak bersalah apa-apa pun. Dia sebenarnya mangsa kepada keadaan, jika betul trofinya itu akan ditarik balik.

Wednesday, November 23, 2011

Siti Nurhaliza Nafi 'All Your Love' Terjual 45,000


 

PUTRAJAYA: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menolak gosip album Inggeris pertamanya sudah terjual sebanyak 45,000 unit.

Siti berkata, dia belum mendapat angka sebenar jualan albumnya itu dah hanya akan mengetahui selepas enam bulan ia berada dipasaran.

Namun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Falling In Love itu menjangkakan 10,000 unit telah terjual.

"Saya belum dapat tahu angka sebenar kerana belum enam bulan berada di pasaran tetapi kalau benar, Alhamdulillah.

"Buat masa ini saya jangkakan 10,000 unit sudah pun terjual, Insya-Allah kita akan sampai ke tahap tersebut," katanya ketika ditemui di majlis Kempen SimplySiti di Hati, di sini, Selasa.

Siti menjelaskan gosip mendakwa album Inggeris All Your Love yang baru dilancarkan pada Oktober lalu telah terjual sebanyak 45,000 unit.

Bagaimanapun, Siti berkata album tersebut mendapat sambutan yang sangat baik di beberapa stesen radio Indonesia.

"Alhamdullilah maklum balas yang saya terima tentang album ini sangat baik dan dapat memasuki carta di beberapa stesen radio luar.

"Insya-Allah kita akan masuki pasaran Indonesia dalam masa terdekat ini," tuturnya.

Dalam pada itu, Siti berkata beliau merancang untuk mengadakan Showcase untuk album tersebut pada tahun hadapan.

"Perancangan tahun 2012 nanti pertama adalah untuk mengadakan showcase untuk All Your Love untuk peminat-peminat di Malaysia.

"Selain itu, saya akan melancarkan beberapa produk baru dan sebuah buku biografi sempena ulang tahun saya," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perancangan peribadi sempena 2012, Siti berkata dia belum bersedia untuk mengambil anak angkat dan masih berusaha mendapat zuriat sendiri.

"Saya memang ada terfikir untuk ambil anak angkat tetapi bukan dalam masa ini, saya masig berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dari darah daging sendiri.

"Saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi dan tidak akan putus asa untuk mencuba," ujarnya.

Kemenangan Libas dipertikai


 

BERAKHIR sudah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) yang bertemakan Gemilang Filem Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Namun, gemilang sambutan FFM 24 tidak dapat dirasai apabila melihat banyak kerusi kosong dan majlisnya boleh dikatakan berjalan secara mendatar.

Penyelamat majlis malam itu terletak di tangan pengacaranya Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan yang dilihat bersungguh-sungguh untuk membikin lawak, menaikkan mood penonton di rumah dan juga di pusat konvensyen serta membaca segala info yang berjela-jela.

Malah, persembahan malam itu juga berada di tahap biasa-biasa sahaja, tiada yang luar biasa. Sekadar mampu melihat tidak terkesan di hati.

Mungkin kerana ini penganjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang pertama masih banyak yang mereka perlu perbaiki.

Apapun syabas buat Gafim kerana berjaya menganjurkan FFM 24 meskipun disulami pelbagai kontroversi sejak dari perancangan FFM 24 berjalan. Malam itu, kebanyakan calon yang diramalkan menang berlandaskan prestasi dan kualiti namun satu anugerah telah mengundang kontroversi.

Anugerah yang dimaksudkan adalah untuk kategori Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh filem Libas menerusi karya Martias Mohd. Ali yang mana ia merupakan filem pertama arahan Presiden Gafim sendiri, Jurey Latiff Rosli!

Apa yang dipertikaikan bagaimana filem ini boleh memenangi Cerita Asal Terbaik sedangkan pengarah dan penerbitnya terang-terangan mengakui mereka mengambil sedikit idea daripada filem Hong Kong, Shaolin Soccer dan sekadar menambahbaik untuk dihasilkan menjadi filem Libas.

Apabila ditonton, memang filem itu mirip dengan filem Shaolin Soccer, cuma ia seolah-olah ditukar wajah untuk disesuaikan dengan selera Malaysia sahaja. Jurey yang ditemui pada sesi sidang media FFM24 bagaimanapun berharap kemenangan Libas untuk kategori tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ia terletak di tangan juri yang memilih.

"Saya bukan calon kategori Cerita Asal Terbaik, syarikat MDAG Marketing yang menghantar filem itu kerana ia layak bertanding. Juri yang memilih untuk filem Libas menang, saya tidak ada kena mengena dengan penjurian," balas Jurey.

Kemenangan filem Libas untuk kategori Cerita Asal Terbaik telah mengalahkan empat filem yang lain iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (arahan Mamat Khalid), Khurafat (Syamsul Yusof), KL Gangster (Syamsul Yusof) dan Nur Kasih The Movie (Mira Mustaffa).

Tidak perlu pertikaian

Libas juga dalam pada itu terpilih untuk memenangi salah satu kategori khas juri iaitu kerana memaparkan elemen seni warisan Nusantara iaitu permainan sepak raga atau sepak takraw.

Nampaknya selepas ini, jika ada mana-mana penerbit yang berani menerbitkan filem yang ada unsur-unsur tradisi pasti akan memenangi anugerah khas juri pada tahun hadapan!

Bercakap mengenai anugerah-anugerah khas juri pada FFM 24, Pengerusi Jawatankuasa Penjurian dan Penyertaan, Nancie Foo menjelaskan, semua pemenang yang dipilih untuk menerima anugerah khas juri kerana mereka layak dan pihak juri telah sebulat suara memilih pemenangnya.

"Tidak perlu ada sebarang pertikaian, semua pemenang yang dipilih kerana kualiti serta sumbangan mereka ke dalam industri," kata Nancie.

Selain Libas, anugerah khas juri turut diberikan kepada filem Janin sebagai filem berbentuk seram/mistik terbaik. Walaupun filem itu tidak mendapat kutipan pecah panggung, namun pengisian filem tersebut mengenai kasih sayang ibu dan anak yang bertukar menjadi hantu telah melayakkan Janin untuk menerima anugerah tersebut mengalahkan 21 buah filem seram lain yang turut bertanding di FFM 24.

Dua lagi anugerah khas juri diberikan masing-masing kepada Allahyarham Zami Ismail untuk anugerah Pelakon Komedi Terbaik dan juga anugerah Bintang Wayang Gambar yang diterima oleh pelakon Sidek Hussein yang dinilai berdasarkan kecemerlangan, kecekalan dan disiplin yang tinggi sebagai pelakon.

Bieber buat ujian DNA



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja, Justin Bieber telah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Jumaat lalu berhubung saman paterniti oleh seorang wanita, menurut satu laporan semalam

Wanita berkenaan, Mariah Yeater sebelum ini mendakwa bahawa Bieber ialah bapa kandung bayi lelakinya, Tristan.

Laman web hiburan TMZ melaporkan penyanyi kelahiran Kanada itu menyerahkan sampel DNA di sebuah makmal di New Jersey dan kini tiba giliran Yeater untuk menyerahkan sampel DNA bayinya.

Yeater, 20, yang berasal dari negeri California mendakwa dia hamil setelah menjalin hubungan seks selama 30 saat dengan Bieber di belakang pentas selepas konsert bintang remaja itu diadakan di sini pada tahun lalu.

Laman TMZ turut melaporkan bahawa Bieber tidak akan membincangkan sebarang bayaran nafkah dengan Yeater melainkan bayi tersebut terbukti adalah zuriatnya. Malah, jika keputusan DNA menunjukkan bahawa dia bukan bapa Tristan, Bieber mengancam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Yeater.

Yeater menarik balik samannya terhadap Bieber tetapi penyanyi itu berkeras mahu menjalani ujian DNA bagi menutup kontroversi tersebut buat selama-lamanya.

Pengurus Bieber, Scooter Braun memberitahu media AS baru-baru ini bahawa mereka mahu mengajar Yeater jika terbukti dakwaan wanita itu palsu.

"Kami tidak mahu ada orang lain meniru tindakan Yeater pada masa akan datang. Kami tidak mahu ada orang menganggap tidak mengapa untuk berkata, saya hamilkan anak Bieber atau saya melahirkan anak Bieber," kata Braun.

Video Terbaru Rihanna Diharamkan Di Perancis


Aksi Rihanna dalam video terbarunya, We Found love.


VIDEO terbaru penyanyi, Rihanna berjudul We Found love telah diharamkan dari ditayangkan di Perancis kerana dikatakan banyak mempaparkan elemen 'merosakkan diri' dan tidak sesuai untuk tontonan remaja.

Di dalam video tersebut, Rihanna menggambarkan penderaan yang berlaku terhadapnya semasa bercinta dengan penyanyi, Chris Brown.

Pihak berkuasa di Perancis telah melarang video itu daripada disiarkan di kaca televisyen sebelum pukul 10 malam kerana ia jelas menunjukkan perbuatan mencuri, menghisap rokok, memukul dan sebagainya.

Model Dudley O'Shaughnessy menjadi gandingan penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella dalam video itu.

p/s : rihanna pernah kena marah sama petani gara-gara bikini ?

Adibah Noor Nekad Tidak Mahu Berkahwin


PETALING JAYA: Penyanyi bersuara lantang, Adibah Noor, 41, nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta lebih-lebih lagi dia pernah putus kasih sebanyak lima kali.

Adibah berkata, pengalaman pahit itu membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.

"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya.

Tambah Adibah, sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yan masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

"Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya," ujarnya.

Dalam pada itu, walaupun dia sering menghiburkan pasangan-pasangan pengantin dengan membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan, hal itu tidak pernah menjadi satu emosi untuknya.

Malah, Adibah telah menghasilkan sebuah lagu baru khas buat pasangan yang bergelar 'Raja Sehari' berjudul Ke Sana Denganmu, dengan menampilkan rakan duet, Sam (Innuendo).

"Lagu tersebut akan menjadi single terbaru saya dan ia sebenarnya dihasilkan kerana saya kerap diundang menyanyi di pelbagai majlis perkahwinan dan seperti biasa, lagu-lagu sama sahaja yang dinyanyikan.

"Justeru itu, saya ambil inisiatif, apa salahnya kalau saya muncul dengan lagu baru khas buat pasangan pengantin pula. Kemudian, selepas muncul idea itu, saya menghasilkan lirik disamping Aznan Abu Hassan yang menghasilkan lagunya," Kata Adibah.

Sementara itu, Adibah bakal muncul sebagai pengacara program Fab Skuad bermula 26 November ini, setiap Sabtu, pukul 7.30 malam menerusi saluran TV3.

Fab Skuad merupakan sebuah program baru yang memaparkan sebuah pasukan skuad khas yang membantu surirumah atau wanita yang bekerjaya membersih dan menguruskan kediaman mereka.

MonoloQue Ambil Masa Dua Tahun Siapkan 'Jejak Tanah'


Kumpulan MonoloQue yang popular dengan lagu Kekanda Adinda duet bersama Atilia memberitahu mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan album pertama mereka.

Penyanyi utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau Loque berkata, rakaman album berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 Jejak Tanah itu tidak mengambil masa lama tetapi proses pengumpulan bahan, pembentukan identiti dan ciri-ciri bunyian MonoloQue yang memakan masa selama dua tahun.

"Proses ini termasuklah transformasi MonoloQue daripada projek solo saya kepada sebuah kumpulan yang kemudian melalui pelbagai proses keluar masuk anggota sehingga lengkap," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertama mereka di Hard Rock Cafe di sini pada Isnin.

Selain Loque (vokal utama, gitar dan piano) MonoloQue turut dianggotai oleh Ijoo (gitar utama), Dax (bass), Apex (gitar).

Dalam pada itu, Loque memberitahu, mereka turut menjemput penyanyi Azlina Aziz menyanyikan sebuah lagu berjudul Batu Belah Batu Konkrit.

Ujarnya, Azlina yang berperanan sebagai watak bonda di dalam album tersebut dipilih kerana selain mempunyai suara yang lunak, pemilihan penyanyi popular pada era 80-an itu adalah kerana dia adalah anak kepada Allahyarham Seniwati Normadiah.

"Jika diamati album ini kami begitu terpengaruh dengan elemen-elemen muzik daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham R.Azmi dan lain-lain.

"Pemilihan Azlina Aziz adalah kerana dia mewakili darah daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka.

"Jadi kami ingin abadikan sesuatu istimewa dalam album ini," ujarnya.

Loque memberitahu, selain sebuah lagu bersama Azlina, album 'Jejak Tanah' turut memuatkan tujuh lagi lagu termasuk Tiada Kata Secantik Bahasa.

(Video) Last Minute - Maafkan Aku


Lagu bertajuk “Maafkan Aku” ini telah dilancarkan di laman Youtube pada 16 Jun lepas dan sehingga kini hanya 9000++ kali sahaja ditonton, mungkin kerana tiada promosi dan pendedahan. Tapi bagi suarapeople, lagu ini benar-benar catchy dan memikat halwa telinga.


Jadi kepada anda semua, apa tunggu lagi, cepat dengar lagu ini sekarang!



Info Last Minute :


Genre


alternative slowmotion acoustic


Members
Aiman Mohamad - Drums
Anwar Afifi - Keyboard
Muhammad Bukhari Anuar Musardar - Lead Guitar
Nik Muhamad Hazim - Bass
Azim Alimin - Vocals


Hometown
Kota Bharu, Kelantan


Visit Last Minute page : http://www.facebook.com/minitterakhir

Monoloque Akhirnya Bawa Halimunan Abad Ke-21 Jejak Tanah!


Penangan lagu ‘Kekanda Adinda’ duet bersama Atilia nyata memberi kesan kepada karier Monoloque yang pada asalnya direformasi daripada sebuah band yang dijulang lokomotif persada Indie suatu ketika dulu sehingga berjaya meniti di bibir para pendengar di serata negeri.

Namun tidak mahu dikenali sebagai ‘kekanda’ sahaja di mata ramai, Monoloque akhirnya tampil menghadiahkan ‘Jejak Tanah’ album debut dalam siri trilogi ‘Hikayat Halimunan Abad Ke-21′ buat para peminat yang telah sekian lama menanti ‘produk’ mereka.

Menyedari tempoh dua tahun untuk menyiapkan album agak lama, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau senang disapa Loque menyatakan, album debut itu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan, cuma proses pengumpulan material, pembentukan identiti dan ciri-ciri bunyian Monoloque yang perlu disebatikan dan disepadukan mengambil masa selama dua tahun.

“Ia termasuklah proses transformasi daripada projek solo kepada mereformasikan sebuah kumpulan yang melalui proses keluar masuk anggota sehinggalah ia benar-benar lengkap,” ujar Loque ketika ditemui pada majlis pelancaran album debut mereka di Hard Rock Cafe, petang semalam.

Istimewanya lagi, album sulung band yang dianggotai empat musisi hebat iaitu Ijoo (gitar utama), Loko (dram, suara latar), Dax (bass, perkusi), Apex (gitar) serta Loque selaku vokal dan gitar utama ini turut menampilkan kolaborasi dengan Azlina Aziz menerusi lagu berjudul ‘Batu Belah Batu Konkrit’.

Jelas Loque lagi, kemunculan Azlina berperanan sebagai watak ‘bonda’ dalam album tersebut. Selain memiliki kelunakan suara lunak yang unik, Loque tanpa berselindung mengakui memilih punya alasan tersendiri.

“Kalau diamati dengan teliti, karya kami dalam album ini sememangnya banyak menyuntik pengaruh elemen Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham R.Azmi dan ramai lagi pemuzik era klasik,”

“Pemilihan Azlina adalah kerana darah seni yang diwarisi daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka. Justeru kami ingin abadikan sesuatu istimewa dalam album sulung ini,” tambah Loque lagi.

Berintipatikan ‘cinta’ dan ‘batu’, album ini memuatkan lapan buah lagu bikinan Loque sendiri. Selain ‘Batu Belah Batu Konkrit’, ia turut memuatkan lagu-lagu seperti ‘Gurindam Hutan Batu’, ‘Cinta’, ‘Hapuskan Air Di Matamu’,'Tiada Kata Secantik Bahasa’,'Penghormatan Terakhir’ serta lagu hits, ‘Kekanda Adinda’.

Foto: Diambil daripada laman Facebook Rasmi Monoloque / Rupa Jiwa Studio
sumber : OhBulan

Tuesday, November 22, 2011

Syamsul Harap Kemenangannya Bawa Kebaikan


PUTRAJAYA: Pemenang anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 24, Syamsul Yusof, 26, menerusi filem KL Gangster, berharap kemenangannya akan memberi kebaikan kepada industri filem tempatan.

Jelasnya, dia berharap filem-filemnya bukan sahaja dapat membantu perkembangan dunia perfileman tanah air malah memberi mesej yang baik kepada masyarakat.

"Sebelum datang ke sini, saya berdoa jika saya menang biarlah kemenangan saya ini memberi manfaat pada industri, jika tidak, biarlah saya tidak menang.

"Saya tidak berharap kemenangan kerana pada saya sudah tercalon itu sudah cukup baik," ujarnya selepas majlis Festival Filem Malaysia 24, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Ahad.

Tambah Syamsul, kemenangan tersebut juga ditujukan kepada bapanya Datuk Yusof Haslam yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan selama ini.

"Saya berterima kasih kepada ayah kerana mengajar saya dari kecil tentang filem dan sekarang baru saya faham apa yang dia maksudkan dulu.

"Saya faham kenapa dulu ayah sering tidak puas hati walaupun saya sudah buat yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, dia berkata kemenangan tersebut turut dibantu oleh orang yang berada sekelilingnya selama ini.

Taylor Swift Gondol Anugerah 'Artis Tahun Ini' AMA


LOS ANGELES: Penyanyi country, Taylor Swift menggondol anugerah Artis Tahun Ini di Anugerah Muzik Amerika ke 39 (AMA) yang berlangsung pada Ahad.

Taylor turut membawa pulang Artis Wanita (Country) dan Album (Country) pada majlis yang berlangsung di Nokia Theatre itu.

Manakala penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like you, Adele turut membawa pulang tiga anugerah iaitu Anugerah Artis Kontemporari, Artis Wanita Pop/rock dan Album Pop/Rock menerusi album 21.

Selain Taylor, penyanyi rap Nicki Minaj, menggondol dua anugerah iaitu Artis Rap/Hip Hop dan Album Rap/Hip Hop menerusi albumnya, Pink Friday.

Beyonce dan Usher Raymond masing-masing membawa pulang satu trofi iaitu bagi kategori Anugerah Artis Soul/R&B.

Pemenang lain pada majlis itu adalah Foo Fighters, Bruno Mars dan Jenifer Lopez.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang AMA-39:

— Artis Kontemporari: Adele

— Artis Rock Alternatif: Foo Fighters

— Artis Inspirasi Kontemporari: Casting Crowns

— Artis Wanita (Country): Taylor Swift

— Artis Lelaki (Country): Blake Shelton

— Artis Kumpulan (Country): Lady Antebellum

— Album (Country): Taylor Swift, “Speak Now”

— Artis Latin: Jennifer Lopez

— Artis Wanita (Pop/Rock): Adele

— Artis Lelaki (Pop/Rock): Bruno Mars

— Artis Kumpulan/Duo (Pop/Rock): Maroon 5

— Album (Pop/Rock): Adele, “21”

— Artis (Rap/Hip-Hop): Nicki Minaj

— Album (Rap/Hip-Hop): Nicki Minaj, “Pink Friday”

— Artis Wanita (Soul/R&B): Beyonce

— Artis Lelaki (Soul/R&B): Usher

— Album (Soul/R&B): Rihanna, “Loud.”

— Artis Tahun Ini: Taylor Swift

— Artis Baru Tahun Ini: Hot Chelle Rae.
Related Posts with Thumbnails