Friday, May 31, 2013

Gambar Seksi Nabila Huda Kembali Diperkatakan

Gambar Seksi Nabila Huda Kembali Diperkatakan


Gambar Seksi Nabila Huda Kembali Diperkatakan


Nampaknya gambar pelakon seksi, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra dikenali sebagai Abil kembali diperkatakan umum selepas dia berkongsi gambar terbarunya di laman Instagram miliknya.

Abil telah memuat naik dua gambar yang menampakkan bahagian perutnya walaupun aktres itu telah mengaburkan bahagian yang terdedah itu kepada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Dua keping gambar itu diambil Abil ketika bercuti di Langkawi, Kedah bersama teman lelakinya, Nas-T dan pengurusnya, Niesa Khalil.

Dari kebanyakan komen yang diterima, terdapat dua pihak, yang mana, satu menyokong sikap Abil yang tidak pernah hipokrit dengan kehidupan sosialnya sementera satu pihak lagi pula menasihati supaya aktres itu segera berubah dan tidak lagi berkongsi gambar sebegitu kepada umum.

Malah, ada juga peminat yang sanggup ‘unfollow’ Abil di Instagram kerana mereka sudah muak dan jelak dengan aksi berani aktres itu dalam berpakaian.

Hmm, apa pula pendapat anda?

Gambar Seksi Nabila Huda Kembali Diperkatakan


LANGKAWII


LANGKAWI1


LANGKAWI2

Izara Aishah Bakal Dedah Cinta Hati

Izara-Aishah-(2)

Saban hari bintang pelakon cantik jelita Izara Aishah semakin menyinar. Melalui senyuman manisnya terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah pulusnya, Izara tanpa berselindung lagi mengakui bahawa dia kini sudahpun memiliki cinta hati.

Izara kerap berbicara soal cinta hatinya, namun dia bijak sekali menyembunyikan identiti cinta hatinya yang penuh misteri itu tanpa pengetahuan umum. Sudah pasti ramai peminat yang ingin mengetahui siapakah yang bertuah memiliki hati gadis cantik ini begitu juga kami.

Kehadiran cinta hatinya, benar-benar memberikan semangat dan sentiasa membuat dia berada dalam mood yang ceria, malah Izara juga mengakui bahawa cinta hatinya sentiasa menemaninya di mana sahaja dia berada.

Namun, persoalannya bilakah Izara akan mendedahkan siapakah gerangan cinta hatinya itu? Kami yakin pilihan Izara pasti yang terbaik untuk dirinya. Para peminat Izara juga sudah pasti turut gembira dengan berita ini dan tidak sabar-sabar lagi menanti saat Izara mendedahkan siapa cinta hatinya.

Johnny Depp Pilih 2 Lelaki Jalanan Jadi Pelakon

Johnny Depp Pilih Dua Lelaki Jalanan Jadi Pelakon


Johnny Depp Pilih 2 Lelaki Jalanan Jadi Pelakon


PELAKON Johnny Depp dilaporkan telah menawarkan watak pembantu menerusi filem terbitannya berjudul Transcendence kepada dua lelaki tidak berumah di Albuquerque, Mexico.

Portal New Kerala melaporkan Johnny pada asalnya terlihat kelibat dua lelaki tersebut ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dan terus mendapat idea untuk memasukkan watak mereka dalam filem berkenaan.

“Dia tertarik dengan karakter dua lelaki tidak berumah itu dan segera menghubungi pihak penerbit untuk menawarkan mereka sebagai pelakon pembantu,” ujar sumber produksi filem berkenaan.

Filem Transcendence arahan Wally Pfister akan dilancarkan pada April 2014. Ia turut dilakonkan oleh Morgan Freeman, Cillian Murphy dan Rebecca Hall. – mStar

Aktres Veteran Itali Meninggal Dunia

Aktres Veteran Itali Meninggal Dunia


Aktres Veteran Itali Meninggal Dunia


MILAN – Aktres veteran Itali, Franca Rame, 84, yang juga isteri kepada pemenang anugerah Nobel, Dario Fo meninggal dunia pada hari ini, ujar jurucakap syarikat teater milik pasangan terbabit.

Sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni lebih separuh abad, Rame dan Fo berjaya menghiburkan rakyat Itali dengan persembahan pentas, radio dan televisyen yang menarik hati dan lucu.

Rame telah mengalami strok pada tahun lalu, sering membantu Fo dalam menghasilkan penulisan untuk drama yang diarahkan olehnya selain menjadi aktres utama.

Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 1954. Bagaimanapun punca kematian Rame tidak didedahkan kepada umum. – Reuters

Persembahan Jennifer Lopez Bertenaga, Seksi

Persembahan Jennifer Lopez Bertenaga, Seksi


Persembahan Jennifer Lopez Bertenaga, Seksi


PENYANYI popular Jennifer Lopez berjaya melakukan persembahan pada acara Britain Got Talent Selasa lalu dengan penuh bertenaga dan kelihatan cukup seksi.

Seperti dilaporkan The Sun pada Rabu, Jennifer yang mengenakan pakaian bercorak kulit harimau tampil di pentas menampakkan bentuk badannya.

Dengan membawa lagu terbaharu Live It Up, Jennifer bersama penari latarnya melakukan gerakan tarian dengan sempurna.

Pada usia, 43 tahun, Jennifer mengakui staminanya tidak seperti dahulu, oleh itu dia sering menghabiskan waktu untuk berlatih di gim dan menjaga pemakanannya.

“Setiap hari saya pasti mengambil salad dan akan meluangkan waktu untuk ke gim bagi menjaga stamina,” katanya. – mStar

Tahniah! Shila Amzah Terima ‘Award’ Di China

Shila Amzah Terima Anugerah Country Branding Award Di China


Tahniah! Shila Amzah Terima ‘Award’ Di China


Nampaknya sejak beroleh kejayaan menerusi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada September tahun lalu, bakat yang dimiliki oleh Shila Amzah semakin dihargai dan disanjung tinggi oleh pencinta industri hiburan tempatan negara tersebut.

Terbaru, Shila Amzah dikhabarkan telah menerima anugerah Country Branding Award yang diadakan semalam dan berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.

Menerusi laman tersebut, Shila telah memuat naik sekeping gambar trofi yang tertera namanya dengan caption berbunyi :

Country branding award

Shila-Amzah-10

Menerusi respon peminat, ramai antara mereka merakamkan ucapan tahniah serta memberi kata-kata perangsang buat penyanyi tersebut agar kerjayanya dalam industri seni suara akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Screen-Shot-2013-05-29-at-1.03.40-PM

Tahniah! diucapkan buat Shila Amzah. Bagi semua peminat Shila, jom layan beberapa foto penyanyi tersebut selepas ini. Enjoice!

Sumber: OhBulan

Siti Nordiana Temui Pengganti

Siti Nordiana Temui Pengganti


Siti Nordiana Temui Pengganti


SUATU ketika dahulu, nama Siti Nordiana,29, atau lebih dikenali sebagai Nana sangat sinonim bersama pasangan duetnya, Allahyarham Achik Spin.

Gandingan mereka begitu memukau sehingga mendapat jolokan pasangan duet paling popular pada 2000.

Namun di saat mereka kembali untuk bekerjasama, Nana terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan Achik selama-lamanya apabila rakan duetnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2010.

Biarpun ketiadaan Achik, namun lagu-lagu duet mereka; Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Mainan Cinta dan Resipi Berkasih, sentiasa segar di ingatan.

Menurut Nana, kenangan manis bersama arwah juga sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara solo.

“Saya dan Achik mula terkenal apabila kami digandingkan bersama, pastinya kenangan bersama Achik sukar untuk dilupakan kerana dia seorang kawan yang baik.

“Selama 13 tahun kami digandingkan bersama dalam industri seni, memang sukar untuk mencari pengganti seperti arwah,” katanya.

Serasi bersama Alan

Cinta yang menebal dalam bidang nyanyian membuatkan bekas isteri kepada Allahyarham pelakon Faizal Yusof ini mula mencari pengganti teman duetnya. Malah teman barunya yang bernama Alan itu memiliki suara yang hampir sama dengan Achik.

“Memang sekarang saya sudah ada pengganti Achik, tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.

“Alan dan saya berjumpa ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh Selangor. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.

“Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah.

“Pun begitu, Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi,” katanya.

Agak lama tidak muncul dengan lagu baru, Nana berkata, dia tetap berharap dapat muncul dengan karya baru.

“Sebagai penyanyi, saya perlu hasilkan lagu terbaru, selepas tiga empat tahun masih menyanyikan lagu lama. Tahun ini saya bercadang rakam lagu baru sekurang-kurangnya single.

“Jemu juga apabila pergi show, asyik menyanyikan lagu lama. Sesuai dengan perubahan diri, saya teringin nak buat lagu berkonsepkan Islamik,” katanya.

Dalam pada itu, Nana sempat berkongsi mengenai perniagaan tudung online terbarunya iaitu Adra SNB miliknya sendiri yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari pelanggan.

Bukan saingan Achik

Bagi Mohd Noorazlan Shamsuddin, yang lebih mesra dipanggil Alan, dia merasa gembira apabila dapat bergandingan bersama Nana kerana sejak dulu lagi dia sangat meminati Achik dan Nana.

“Saya begitu gembira apabila diberi peluang untuk berduet bersama Nana.

Sejak kemunculan mereka saya memang minat dengan lagu mereka.

“Saya pun tidak menyangka niat saya untuk berduet dengan Nana tercapai ,”katanya.

Tambah Alan, dia juga tidak berniat untuk menggantikan arwah Achik , malah saya menyanyi bersama Nana hanya sekadar hobi dan tidak berniat untuk serius dalam industri hiburan tanah air.

“Suara dimiliki Achik tiada tandingan, mungkin gandingan untuk saya bersama Nana hanya kebetulan,” katanya. – Sinar Harian

Penerbit Popular Nasihat Afiq Sujud Di Kaki Ibu

Penerbit Popular Nasihat Afiq Muiz Untuk Sujud Di Kaki Ibu


Penerbit Popular Nasihat Afiq Sujud Di Kaki Ibu


Selepas sidang media yang melibatkan ramai sanak saudara lain Afiq Muiz, kami sendiri tidak pasti apa perkembangan kemelut beliau & ibunya tetapi yang pasti ianya belum dapat di’selesaikan dengan baik.

Terbaru dari pihak ketiga, penerbit Station Global Datin Zaiton Mohd Jiwa menasihatkan Afiq Muiz yang merupakan artis residennya untuk memohon maaf dan sujud di kaki ibunya dengan penuh ikhlas.

“Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk nunjuk”

“Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlu doa restu ibu untuk berjaya”

“Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah & mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu,” tambah beliau kepada Utusan Malaysia.

Datin Zaiton juga berkata yang beliau mengambil Afiq Muiz sebagai artis residen pertama kerana melihat potensi anak muda itu dalam dunia lakonan & mempunyai pakej yang baik untuk berjaya di masa hadapan. – RotiKaya

Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan, Isteri

Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan Miskin, Isteri


Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan, Isteri


PETALING JAYA – Pelakon Jehan Miskin masih sukar menyesuaikan diri soal pemilihan makanan dengan isterinya, wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee setelah hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga.

Kata Jehan, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.

“Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.

“Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan,” katanya kepada mStar Online, pada Rabu.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta.

Bercakap soal budaya Melayu, Jehan berkata, isterinya sudah banyak belajar sejak bekerja di negara ini pada 2009.

“Dia tidak ada masalah dengan budaya kita, malah dia sendiri memang menyenangi kehidupan masyarakat Malaysia dan sudah selesa tinggal di sini,” katanya yang belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Sementara itu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di lokasi yang masih dalam pilihan.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 5 Mei lalu di Carcosa Seri Negara setelah tiga tahun bercinta.

Dalam perkembangan lain, Jehan kini sedang sibuk mengarah drama 13 Episod yang bakal ditayangkan di 8TV pada 1 Jun ini.

“Ini merupakan drama kedua arahan saya yang berkisarkan tentang seram dan misteri, setakat ini baru habis penggambaran episod 9,” katanya. – mStar

Raja Azmi Disamun Oleh Dua Lelaki

Raja Azmi Disamun Oleh Dua Lelaki


Raja Azmi Disamun Oleh Dua Lelaki


KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari di sini pada Selasa lalu.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika Raja Azmi, 54, sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.

“Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya.

“Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II,” katanya.

Tambah Raja Azmi yang turut ditampar sebelum disamun itu, sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut.

Kemudian, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran. – mStar

Mior Tepati Ramalan Juara Kilauan Emas 3

Mior Tepati Ramalan Juara Kilauan Emas 3


Mior Tepati Ramalan Juara Kilauan Emas 3


SHAH ALAM – Peserta dari Selangor iaitu Mior Yazid Ahmad menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas musim ketiga (KE3) yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Rabu.

Mior mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama dan sebuah lagu baharu ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Sampai Di Sini berjaya disampaikan dengan baik sehingga menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus.

Peserta berusia 44 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.

Mior turut memenangi Anugerah Khas Juri dan menerima wang tunai RM5,000.

Mior ketika ditemui berkata, dia berhasrat untuk meneruskan karier nyanyian bersama kumpulan yang ditubuhnya sejak 25 tahun lalu iaitu Sixth Pack.

Jelasnya, masih belum terlambat untuknya bergerak aktif sebagai penyanyi dan mengangga program KE sebagai platform terbaik buat karier seninya.

“Mungkin akan bersama kumpulan saya untuk bergerak aktif kerana selesa bersama mereka,” jelasnya.

Mior turut memberitahu dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tentang wang kemenangannya itu.

“Saya tidak menyangka akan menang jadi belum mempunyai sebarang perancangan,” jelasnya.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd Shabidin, 51, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Silahuddin Ali, 52, dan menerima hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain.

Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara KE 1) dan Fuad (Juara KE 2). – mStar

Lisa – Jovian Berkolaborasi Hasil Koleksi Raya

Lisa - Jovian Berkolaborasi Hasil Koleksi Raya


Lisa – Jovian Berkolaborasi Hasil Koleksi Raya


Memang tidak dapat dinafikan dalam bidang hiburan, golongan selebriti dan pereka fesyen memang saling memerlukan di antara satu sama lain.

Atas inisiatif itu, pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie telah mengundang pelakon yang digelar Malaysian Sweetheart iaitu Lisa Surihani Mohamed untuk berganding bahu menghasilkan rekaan baju raya yang sinonim dengan label fesyen Jovian yang mementingkan eleman elegan dan sofistikated dalam setiap koleksinya.

Ketika ditanya kenapa Lisa yang dipilih, Jovian berkata, “kenapa Lisa? Dia seorang yang disukai ramai. Kita tengok dia lemah lembut tapi dia sebenarnya seorang yang berani dan berdikari. Bersih kontroversi. Pada saya dia seorang wanita yang sangat melambangkan kaum wanita era masa kini, gaya dan caranya bertepatan dengn konsep rekaan-rekaan Jovian Mandagie.

IMG_9551(1)
“Sepanjang bekerja dengan Lisa, dia seorang yang jujur. Kalau dia tak suka, dia akan cakap tak suka. Selama lapan tahun dalam industri fesyen, saya sudah banyak berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan dari golongan Sultanah, atasan hingga golongan biasa. Jadi Lisa juga saya anggap sebagai salah seorang pelanggan saya. Kami saling bertukar-tukar idea. Tapi banyak keputusan untuk rekaan, Lisa yang tetapkan termasuk dari segi pemilihan warna, jenis kain, motif dan sebagainya. Saya ni cuma tukang jahit je,” katanya kepada Malaysian Digest.

Sebanyak 20 rekaan ditawarkan di mana idea diambil Lisa menerusi wanita-wanita yang berada di sekelilingnya seperti ibunya, Siti Amira, rakan baiknya, Jihan, sepupunya, Noren dan makciknya, Norkiah dan Maznah.

Setakat ini, pelakon kesayangan ramai itu baru menyiapkan enam rekaan dan selebihnya akan diteruskan untuk jualan hari lebaran yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Thursday, May 30, 2013

Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sikap Sakinah?

Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sikap Sakinah?


Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sikap Sakinah?


Umum pun tahu adik kepada Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah kebelakangan ini kerap memuat naik video kontroversi di laman Keeknya.

Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun Keek Anzalna Nasir.

Walaupun dikecam hebat, Sakinah terus merakam dan memuat naik video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini.

Terbaru, Sakinah telah berkongsi satu lagi video kontroversi yang menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Menerusi video tersebut, OHBULAN! dapati adik kepada Sharifah Shahira ini memang sengaja melakukan perkara itu namun tidak dapat dipastikan apakah niat sebenarnya.

Dan petang semalam, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.


Screen Shot 2013-05-29 at 16.05.12

Dari apa yang ditulis, kami anggarkan Shiera menganggap video-video yang dibuat oleh adiknya itu adalah kurang bijak dan tidak elok.

Screen Shot 2013-05-29 at 16.05.28

Melalui Twitter Shiera juga, dia menulis yang dia pernah bercakap dengan Sakinah mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing oleh Sakinah.

Screen Shot 2013-05-29 at 22.09.32

Sebelum ni Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi mungkin kali ini Shiera lihat perangai adiknya itu sudah keterlaluan.

Screen Shot 2013-05-29 at 22.13.19

Bagus jugalah ada kakak macam Shiera ni, bukan jenis yang nak menangkan keluarga sendiri walaupun tahu sesetengah perkara tu tak elok dibuat, betul tak?

Sumber:  Ohbulan

Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung

Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung


Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung


Pelakon Izreen Azminda sebelum ini memang terkenal dengan imej lasak dan kasar sementelah dia pun pernah tampil dengan imej berambut pendek sejak awal kemunculannya di persada seni tanah air.

Namun akui pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam ini sejak dirinya hamil, perlahan-lahan imej feminin mula meresap dalam dirinya.

“Mungkin inilah keistimewaan mengandung, saya menjadi lebih feminin dan rajin memasak. Bayangkan selama ini, saya tidaklah rajin sangat memasak dan kemahiran juga tidak seberapa.

“Sejak duduk di rumah, saya membeli buku masakan dan rajin pula menerokai pelbagai resipi yang tidak pernah saya cuba sebelum ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Enggan mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya, Izreen mengharapkan selepas cahaya mata sulungnya lahir nanti, dia mahu menjaga sendiri anaknya kerana tidak percayakan khidmat pembantu rumah.

“Saya hendak jaga anak sendiri sebab mahu menyusukannya. Kalau boleh, saya mahu bawa dia ke mana saja saya bekerja. Cuma kalau keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa jugalah menggunakan pembantu rumah.

“Namun, saya tidak berani ambil risiko sebenarnya. Kalau boleh biarlah anak dijaga saya sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Izreen bakal tampil dengan filem terbaru berjudul Pecah yang bakal menjengah pawagam berhampiran anda bermula 13 Jun depan.

(GAMBAR) Nur Fazura Di Turki Untuk Penggambaran Filem Manisnya Cinta

Seronoknya menjadi pelakon-pelakon filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly.  Filem adaptasi novel ini menjalani penggambaran di Turki sekitar bandar Cappadocia dan Konya. Memang cantik pemandangan di kedua-dua bandar ini ditambah pula dengan kehadiran si jelita Fazura.

filem manisnya cinta

(GAMBAR) Nur Fazura Di Turki Untuk Penggambaran Filem Manisnya Cinta


Turut sama membintangi filem ini ialah pelakon hebat Shaheizy Sam. Kalau tidak silap , penggambaran di Turki mengambil masa lebih kurang seminggu. Kami tertarik dengan salah satu gambar yang dikongsi oleh Fazura menerusi Instagramnya. Ada banyak belon panas tue!!!

filem manisnya cinta

Pasti filem Manisnya Cinta ini akan menjadi sebuah filem yang dinanti-nanti oleh peminat Fazura dan Shaheizy Sam terutamanya.

Lagi 11 keping gambar Fazura di Turki menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta.....

Pelakon Elfaeza Puji Sikap Sharnaaz Ahmad

Pelakon Elfaeza Puji Sikap Sharnaaz Ahmad


Pelakon Elfaeza Puji Sikap Sharnaaz Ahmad


PETALING JAYA – Aktres yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq memuji sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya sebagai profesional dan mesra ketika mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Mukhlis untuk siaran RTM.

Elfaeza, 28, berkata, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap bekas kekasih Shila Amzah itu, dia tidak mahu terus menilai seseorang tanpa mengenali terlebih dahulu.

“Sebelum ini nama Sharnaaz hangat diperkatakan dengan pelbagai kontroversi melibatkannya namun itu tidak bererti saya boleh terus menilainya berdasarkan apa yang dihebahkan tentangnya.

“Saya sebenarnya tidak memahami kenapa orang kata dia bermasalah kerana etika kerjanya sangat profesional,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Elfaeza, Sharnaaz juga seorang yang suka berjenaka dan peramah selain tidak pernah menimbulkan sebarang masalah di lokasi.

“Sharnaaz seorang yang kelakar dan peramah dengan orang lain selain gemar membuat lawak di lokasi. Saya sangat selesa berlakon dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Elfaeza berkata, dia sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama tersebut dan menganggap ia sebagai tanggungjawab besar sebagai pelakon baru.

“Mukhlis adalah drama pertama saya memegang watak utama dan bersyukur diberi peluang sebegitu kerana sebagai orang luar bukan mudah untuk mendapat peranan sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Elfaeza berkata, dia semakin selesa membina kerjaya lakonannya di Malaysia dan bersyukur usahanya selama ini telah mula menampakkan hasil.

“Apabila datang ke negara orang kita perlu pandai membawa diri dan tidak timbulkan masalah. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan apa yang penting adalah kerja keras,” jelasnya. – mStar

Nad Zainal Dianggap Sombong Kerana Suara

Nad Zainal Dianggap Sombong Kerana Suara


Nad Zainal Dianggap Sombong Kerana Suara


PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal mengakui sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong.

Bagaimanapun, Nad, 23, berkata, dia tidak peduli dengan tanggapan tersebut kerana cara percakapannya adalah disebabkan terbawa-bawa sejak menceburi dunia pentas teater, tiga tahun lalu.

“Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).

“Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap tentang media sosial, dia menganggap medium itu mampu membolehkan seseorang artis untuk berinteraksi dengan peminat tetapi perlu mempunyai batas-batas tertentu.

“Zaman ini memang ramai orang yang guna Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan peminat, namun pada saya semuanya perlu ada batasan.

“Jika untuk kegunaan peribadi secara keterlaluan ia tidak sesuai kerana ia akan mengundang publisiti murahan seseorang artis selain boleh membunuh kerjaya artis jika tidak digunakan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, wanita yang mengakui sudah memiliki teman istimewa ini belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Ya… saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda,” katanya.

Nad bakal membawa watak Kay dalam Drama Memberku Hawa Musim ke-2 yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.

Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan. – mStar

Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita

Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita


Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita


PETALING JAYA – Langkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit.

Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan.

“Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.

“Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Memberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.

Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.

“Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.

“Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan,” ujarnya.

Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon dalam drama bersiri Memberku Hawa musim kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu adalah tajaan Kotax.

“Ya… saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.

“Kami akan adakan beberapa program luar bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika di luar, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan.

Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.

“Tanggungjawab besar saya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu bertudung atau watak itu hanya dalam drama sahaja dan tidak dibawa keluar.

“Bagaimanapun, secara jujur saya selesa berlakon bertudung dan tidak rasa kekok, sebelum ini juga pernah bawa watak-watak bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya,” katanya.

Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan. – mStar

Izzue Islam Semakin Berdebar Untuk Menikah

Izzue Islam


Izzue Islam Semakin Berdebar Untuk Menikah


PETALING JAYA – Pelakon Izzue Islam mengakui berdebar menantikan detik-detik manis untuk diijabkabulkan dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau Awin pada 2 Jun depan di Dewan Shah Alam (Indah).

Bagaimanapun Izzue, 23, berkata, pada masa sama dia juga tidak sabar untuk bergelar suami serta melalui alam perkahwinan bersama wanita yang disayanginya itu.

“Berdebar jugalah dibuatnya, apa-apa pun saya berharap majlis perkahwinan kami akan berjalan dengan lancar.

“Tidak sabar rasanya mahu bergelar suami dalam membina rumah tangga. Semoga saya dan Awin dapat melalui susah senang bersama, Insya-Allah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isini.

Bagaimanapun tambah Izzue, dia dan Awin masih belum merancang berbulan madu dalam masa terdekat ini memandangkan kerja-kerja penggambaran masih lagi belum selesai.

kad kahwin

Kad kahwin Izzue dan Awin.

Dalam pada itu pasangan ini sudah mula mengedarkan kira-kira 500 keping kad jemputan perkahwinan mereka.

Izzue dan Awin akan diijabkabulkan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsinya akan diadakan pada sebelah tengah hari.

Menurut Izzue, seramai 100 orang yang diundang untuk menghadiri majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu.

Mengenai busana yang akan dikenakan pada majlis itu kedua-dua mereka akan memakai pakaian songket pada majlis akad nikah manakala pada acara resepsi pula mereka akan berpakaian Inggeris.

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat juga akan menaja persalinan pasangan itu bagi acara potong kek.

Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. – mStar Online

Syamsul Yusof & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri Sarah

Wow. Memang agak terkejut membaca artikel Berita Harian semalam. Mana tidaknya, Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dilaporkan hampir bertumbuk di dalam satu pertemuan di Publika pada 18 Mei lalu. Puncanya? Tidak lain tidak bukan mengenai Puteri Sarah Liyana.

puteri sarah liyana

Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah.

puteri sarah

Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ.

syamsul

Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.

Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata suarapeople untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu?

Hari Ibu: Anak Hadiahkan Erra Bantal Bentuk Hati

Erra


Hari Ibu: Anak Hadiahkan Erra Bantal Bentuk Hati


Walaupun Hari Ibu sudah dua minggu berlalu, namun Primadona Filem Melayu, Erra Fazira nyata terharu dengan usaha puteri tunggalnya, Engku Aleesya, 4, yang menghadiahkannya bantal berbentuk hati beserta kad ucapan yang dibuatnya sendiri.

“Sebagai anak, saya sering meraikan ibu saya, Azizah Zaik ketika Hari Ibu. Kini, anak saya pula yang meraikan saya di mana ini merupakan kali pertama dia mengenali apa itu Hari Ibu. Saya rasa terharu kerana buat pertama kali, Aleesya memberi ucapan buat kepada saya. Lebih bermakna, Aleesya turut menghadiahkan saya sebuah bantal berbentuk hati dan buat kad Hari Ibu kepada saya,” katanya kepada portal Gua.com.my.

Erra juga sempat berkongsi cerita mengenai persamaan yang terdapat dalam diri anaknya itu dengan dirinya sendiri.

“Aleesya miliki ciri-ciri saya iaitu seorang yang pemalu. Cikgu di sekolah beritahu kepada saya yang Aleesya sangat malu dengan lelaki. Selain itu, saya juga dapat nampak minat dia dalam lakonan. Aleesya suka cakap seorang diri dan sering membawa pelbagai watak,” kata Erra lagi.

Semoga Aleesya yang persis Suri Cruise ini membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya kelak.

ERRA

Saya Sekarang Dah Ready Nak Bergelar Isteri – Tasha Shilla

Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kesediaannya untuk bergelar seorang isteri. Adakah anda sudah bersedia untuk masuk meminang?

tasha shilla

Siapa yang taknak jadikan Tasha Shilla sebagai isteri kan? Dahlah cantik, bekerjaya dan comel pulak tue. Mesti ramai yang gembira dengan berita ini kan? Yang penting anda masih ada peluang kerana hubungan Tasha dengan Mahali hanya sekadar kawan. Kata Tasha Shilla :-
Hubungan kami macam biasa, macam sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri

mahali

Malah Tasha mengakui yang dia berkawan dengan ramai orang dan melayan kawan-kawannya sama rata. Jadi ini bermakna anda ada peluang lagi untuk berkawan dan mendapat layanan special. Untung-untung terus dapat jadi suami Tasha Shilla. Kata Tasha Shilla:-
Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata. Dia sebenarnya tak berapa selesa bila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun.

Apa-apa hal pun tahap respek kami terhadap Mahali semakin bertambah selepas membaca kata-kata Tasha Shilla di atas. Memang bagus si Mahali ini mementingkan karier bola sepaknya. Namun kalau memang dah ada hati kepada Tasha, kami nasihatkan cepat-cepatlah Mahali masuk meminang. Takut melepas kang!!!

Shae Tak Rasa Dimalukan Dengan Parodi Bobo

Shae


Shae Tak Rasa Dimalukan Dengan Parodi Bobo


Penyanyi baru Indonesia yang kini semakin terkenal dengan lagunya yang berjudul Sayang, mengakui tidak terasa dimalukan dengan tindakan bakat Youtube tempatan, Bobo apabila memparodikan lagu tersebut dengan cara yang cukup gedik.

“Tidak… saya langsung tidak terasa pun dengan apa yang dilakukannya terhadap lagu Sayang di dalam Youtube tersebut, apatah lagi dimalukan. Malah, saya berasakan apa yang dilakukannya itu sangat lucu sekali dan saya rasa dia juga seorang yang lucu,” kata Shae kepada murai.com.my.

Shae juga turut berasakan bahawa video parodi Bobo itu secara tidak langsung turut membantu mempopularkan lagunya (Sayang) itu secara lebih meluas lagi khususnya di negara ini.

“Ada yang kata tengok video Bobo itu dulu, baru tahu lagunya. Apapun, sekarang ini, Bobo sudah famous,” kata Shae sambil tertawa.

Pun begitu, Shae mengakui bahawa setakat ini, dia memang sama sekali tidak pernah berjumpa dengan Bobo.

“Tapi, kalau bercakap dengan dia, memang sudah pernah. Waktu itu saya diwawancara radio Era kira-kira sebulan yang lalu. Dalam perbualan saya dengan Bobo, dia beritahu bahawa dia memang suka dengan lagu Sayang itu. Ada juga beberapa perkara lain yang dia cakap.

“Tapi, saya tak mampu kongsi kerana saya ianya ditujukan khsus buat saya dan saya rasa biarlah saya seorang yang menyimpannya,” katanya.

Wednesday, May 29, 2013

(TAHNIAH) Yasmin Hani Kini Hamil 16 Minggu

Jutaan tahniah diucapkan buat Yasmin Hani dan suami, Shaarin atas berita gembira ini. Yasmin Hani menerusi Instagramnya semalam telah pun berkongsi berita kehamilannya. Untuk makluman, kandungan Yasmin kini telah pun memasuki 16 minggu.

yasmin hani mengandung

Yasmin dan Shaarin telah berkahwin sekitar bulan Oktober 2011. Gambar di atas telah diupload menerusi Instagram beserta dengan penerangan di bawah:-
Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will be welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks! (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, amin. Much love from us @shaarin n me! ?????????????? #haniandshaarin #family #love #happy #news #baby #pregnant #yasminhani #shaarin

yasmin

Tahniah diucapkan sekali lagi atas berita gembira ini. Semoga kandungan Yasmin akan terus kekal sihat sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan. Amin ~

Apek Direhatkan Sebagai Juri Raja Lawak

Apek


Apek Direhatkan Sebagai Juri Raja Lawak


Berikutan sebutan kes dadah yang melibatkan pelawak terkenal Saiful Apek, pihak Astro telah membuat keputusan untuk merehatkan Apek daripada program realiti Raja Lawak buat sementara waktu.

Apek merupakan juri tetap bagi program tersebut selain daripada Datuk AC Mizal dan Isma Alif.

Menurut Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, keputusan untuk merehatkan Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.

“Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai,” katanya melalui laporan Harian Metro.

Apek bersama tiga pekerjanya berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Sharifah Sakinah Kongsikan Video Kontroversi Lagi

Selepas kontroversi video yang agak lucah baru-baru ini, Suarapeople ingatkan Sharifah Sakinah dah insaf dan tidak akan berkongsi video-video mengarut lagi. Rupa-rupanya Sharifah Sakinah ini jenis tak makan saman dan hati kering kerana dia telah berkongsi sebuah lagi video yang agak kontroversi.

sharifah sakinah

Mungkin ini cara Sharifah Sakinah mencari publisiti. Namun kami rasa, publisiti yang dicapai menerusi cara ini agak murah dan hanya menjatuhkan maruah dirinya. Anda tonton sendiri video yang telah dikongsikan oleh Sharifah Sakinah sempena hari jadinya.

Johan As’ari Akui Sudah Ada Teman Istimewa

Berita kurang baik buat gadis-gadis di luar sana yang meminati Johan As’ari. Lelaki idaman ramai ini mengakui yang kini hatinya telah pun dimiliki oleh seorang gadis. Namun identiti si gadis masih kekal misteri kerana Johan enggan mendedahkan siapakah wanita bertuah itu.

johan as'ari

Menariknya, Johan As’ari tertarik kepada si gadis ini kerana si dia menjaga solat. Itu satu kriteria yang sangat bagus dan kadang kala dipandang remeh oleh kaum Adam. Kata Johan:-
Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat. Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya. Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat

johan

Semoga hubungan Johan As’ari dan gadis misteri ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Kami pasti ramai peminat yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Johan bersanding di atas pelamin. Pasti akan tampak kacak dan bergaya. Tak gitu?

Nelydia Senrose Dikecam Ekoran Memuat Naik Gambar Seksinya

Meskipun baru sejam memuat naik gambarnya bercuti di sebuah pulau, Nelydia telah menerima kritikan hebat dari peminatnya kerana memuat naik gambar seksinya ketika berada di pulau tersebut.

Nelydia Senrose Dikecam Ekoran Memuat Naik Gambar Seksinya

Antara komen yang ditinggalkan oleh peminatnya ialah menyatakan malu kerana sekampung dengan aktress ini. Dibawah merupakan komen-komen mereka terhadap gambar tersebut.

Nelydia Senrose Dikecam Ekoran Memuat Naik Gambar Seksinya

Nelydia Senrose Dikecam Ekoran Memuat Naik Gambar Seksinya

Tuesday, May 28, 2013

Biodata Dan Siapakah Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus

Biodata Izyan dan siapakah isteri ketiga Ustaz Azhar Idrus (UAI). Untuk makluman anda, UAI telah sahkan bahawa perkahwinan beliau dengan Izyan adalah benar dan tepat seperti yang dihebohkan di blog dan laman sosial. Untuk kali ni, Ustaz azhar idrus telah nikah dengan gadis muda yang baru sahaja berusia 27 tahun. Boleh dikatakan isteri paling muda UAI. Tahniah diucapkan atas pernikahan kali ni.
Gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus dan isteri ketiga

Biodata Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus

Nama : Izyan
Umur : 27 tahun
Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Nikah: 26 Mei 2013
Asal : Bandar Pagoh, Muar, Johor
Tempat Menetap : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Lain-Lain : Anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Taha
Related Posts with Thumbnails