Monday, January 24, 2011

Pilihan Raya Kecil Merlimau: Umno Jasin Kemukakan Tiga Nama Calon

Belum sudah Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang, Kini hangat plak di Merlimau..wah3..dengar-dengar Umno jasin akan kemukakan 3 nama calon.wah..jom tengok sumber yang suarapeople dapat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Umno Bahagian Jasin mengemukakan tiga calon yang akan dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Beliau berkata, senarai pendek itu akan diserahkan kepadanya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk diputuskan.

Mengulas mengenai beberapa individu melobi untuk dinamakan sebagai calon, Mohd Ali berkata ia merupakan perkara biasa setiap kali berlakunya pilihan raya.

Beliau berkata kriteria calon yang dipilih bertanding mestilah yang mampu menang, rajin bekerja, mempunyai rekod bersih dan disenangi rakyat.

Mengenai rombakan Exco bagi menggantikan Allahyarham Mohamad Hidhir, Ketua Menteri itu berkata setakat ini belum diputuskan lagi.

"Sekarang ini saya belum fikir nak isi kekosongan itu, kita tunggu dulu, sekarang kita hendak uruskan pilihan raya (Merlimau)," katanya.
SUMBER mStar

suarapeople : tak sabar menanti pilihanraya Besor! hohoh 1st time ngundi taun ni..kalau jadi lah ;p

5 comments:

cikbelog said... [Reply to comment]

cikbelog tak pi daftar lagik..huhuu tak sabar gak nak mengundi. petama kali nieh

Tweets that mention Pilihan Raya Kecil Merlimau: Umno Jasin Kemukakan Tiga Nama Calon | -- Topsy.com said... [Reply to comment]

[...] This post was mentioned on Twitter by Ayie, Ayie. Ayie said: Pilihan Raya Kecil Merlimau: Umno Jasin Kemukakan Tiga Nama Calon http://kelantanbloggers.com/read/9756 [...]

suarapeople said... [Reply to comment]

@cikbelog, sama lah...g daftar cepat2..nnt nama xnaek..xleh ngundi

apaajanews said... [Reply to comment]

ana suka baca blog - zulkifli noordin/zul4kulim

suarapeople said... [Reply to comment]

@apaajanews, bagus juga begitu :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails